Techna-X batal pelan penyelesaian hutang RM1.17 juta menerusi penerbitan saham baharu
KUALA LUMPUR 14 Julai - Techna-X Bhd membatalkan cadangan penyelesaian hutang bernilai RM1.17 juta menerusi penerbitan saham baharu selepas mencapai persetujuan bersama dengan pemiutang untuk menamatkan perjanjian penyelesaian yang dimeterai sebelum ini.






