| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sektor penjagaan kesihatan swasta diramal raih perolehan lebih kukuh pada 2H24, RHB IB kekal penarafan Overweight

KUALA LUMPUR 7 Jun - Sektor penjagaan kesihatan swasta dijangka mencatat perolehan lebih kukuh pada separuh kedua 2024 (2H24) didorong beberapa faktor termasuk strategi pengembangan operasi secara organik dan pengecualian visa kepada pelancong China dan India, kata RHB Investment

Syarikat usaha sama Jati Tinggi peroleh kontrak RM26 juta daripada TNB

KUALA LUMPUR 7 Jun - Jati Tinggi Group Bhd mengumumkan pada Khamis, syarikat usaha sama (JV) 30%nya telah memperoleh kontrak RM25.55 juta daripada Tenaga Nasional Bhd untuk memasang kabel litar berkembar bawah tanah 132kV untuk kilang semikonduktor kilang di ibu negara.

Sime Darby Property umum pelaksanaan pelan penyusunan semula dalaman

KUALA LUMPUR 7 Jun - Sime Darby Property Bhd mencadangkan penyusunan semula dalaman untuk menyelaraskan struktur kumpulan kepada aliran perniagaan yang dikenal pasti boleh dipisahkan supaya lebih mencerminkan operasi kumpulan yang pelbagai.

 

Penglibatan pemaju rumah dalam pusat data jamin pendapatan berulang, naikkan nilai tanah - MIDF Research

KUALA LUMPUR 7 Jun - Penglibatan syarikat pemaju hartanah dalam perniagaan pusat data akan membolehkan mereka meraih pendapatan berulang baharu sekali gus menyokong pertumbuhan pendapatan dalam jangka panjang. 

 

Kerajaan Itali tolak hasrat Kumpulan KNM mahu jual FBM Hudson berharga RM76 juta kepada 2 syarikat Itali

KUALA LUMPUR 7 Jun - Kerajaan Itali telah menolak tawaran KNM Group Bhd untuk melupuskan keseluruhan pegangannya dalam FBM Hudson Italiana SpA (FBM Hudson) untuk €16.5 juta (RM76 juta) kepada BM Carpenterie, Oil and Gas Srl (BMC), dan Officine Piccoli SpA (Officine).