KUALA LUMPUR 7 Jun - Boustead Plantations Bhd (BPlant) mengumumkan pelantikan Datuk Zulkarnain Md Eusope sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu.
KUALA LUMPUR 7 Jun - Malaysia Airlines akan meningkatkan kekerapan penerbangan Amritsar-Kuala Lumpur dari empat kali seminggu kepada tujuh kali seminggu bermula pada 1 Ogos 2024.
KUALA LUMPUR 7 Jun - Mercury Securities memberi nilai wajar sebanyak 46 sen terhadap UUE Holdings Berhad yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia 2 Julai 2024.
KUALA LUMPUR 7 Jun - Majoriti pemohon program bantuan subsidi Madani (Budi Madani) tidak diluluskan kerana tidak memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan, kata Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR 7 Jun - Mahkamah Tinggi telah memberikan Sapura Energy Bhd lanjutan sembilan bulan kepada perintah bersidang dan sekatan yang diperoleh kumpulan itu daripada mahkamah pada Mac 2024, bagi membolehkannya menyelesaikan skim penstrukturan semula dengan para pemiutangnya.
KUALA LUMPUR 7 Jun - TAFI Industries Bhd melupuskan satu daripada premis industrinya di Muar, Johor, kepada Comfy Factor Sdn Bhd dan NNST Capital Sdn Bhd dengan harga RM12 juta.