Coca-Cola, Riot Games jalin kerjasama lancar perisa edisi terhad Ultimate Zero Sugar baharu | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Coca-Cola, Riot Games jalin kerjasama lancar perisa edisi terhad Ultimate Zero Sugar baharu

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Julai - Coca-Cola bekerjasama dengan penerbit dan pembangun League of Legends, Riot Games untuk melancarkan perisa edisi terhad baharu daripada Coca-Cola Creations.

 

Coca-Cola Ultimate Zero Sugar menawarkan 'rasa poin pengalaman' (+XP) kepada para peminat dan pemain bagi meraikan setiap langkah perjalanan mereka, tidak kira perjuangan pertama di Summoner’s Rift ataupun di peringkat akhir Worlds untuk mengejar Summoner's Cup.

 

Coca-Cola Ultimate Zero Sugar melambangkan kerjasama sulung antara Coca-Cola dengan syarikat permainan itu dalam mencipta perisa baharu untuk menyemarakkan pengalaman para pemain. 

 

Ketua Pembangunan Perniagaan dan Perkongsian Riot Games, David Mulhall berkata, kerjasama berkenaan pasti akan membawa keterujaan kepada para pemain di seluruh dunia, seiring dengan keluaran produk, pengalaman bermainan, serta pengalaman digital yang ditawarkan.

 

"Kami sangat teruja untuk menjemput para pemain merasai perisa +XP baharu, yang merupakan hasil kerjasama bersama Coca-Cola, satu jenama yang diiktiraf di peringkat global dan dicintai jutaan peminat.

 

"Coca-Cola berkongsi banyak nilai yang berpaksikan kepada pemain yang kami miliki di Riot, dan kami berasa berbesar hati dengan jalinan kerjasama pertama dalam permainan video untuk Coca-Cola Creations," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Pengarah Pemasaran Coca-Cola ASEAN dan Pasifik Selatan Singapura dan Malaysia, Rina Surya berkata, kerjasama dengan Riot Games menyemarakkan pengalaman Coca-Cola Creations, dengan memperkenalkan perisa baharu yang menonjolkan komitmen bersama untuk mengutamakan peminat dan pemain dalam segala yang dilakukan.

 

 

coke

 

 

"Coca-Cola Ultimate merupakan inovasi yang ke-7 kepada portfolio Coca-Cola Creations kami. Ia menampilkan reka bentuk menakjubkan dan menawarkan rasa +XP yang unik untuk menyegarkan para pemain, di samping melonjakkan pengalaman permainan mereka ke aras baharu," katanya.

 

Coca-Cola Ultimate Zero Sugar telah menyatukan dua jenama ikonik dengan reka bentuk pembungkusan yang menampilkan warna hitam dan pelbagai rona emas. 

 

Logo Coca-Cola Creations pula dihiasi dengan lambang Ultimate, disemarakkan lagi dengan cahaya Hextech biru yang ajaib. Selain itu, reka bentuk ini mempamerkan huruf Spencerian Script Coca-Cola yang unik, diilhamkan daripada Nexus Crystals dalam League of Legends.

 

Sepanjang 2023, Coca-Cola akan memperkenalkan tambahan edisi terhad Coca-Cola Creations yang menampilkan inovasi serta kolaborasi unik. 

 

Untuk maklumat lanjut tentang Coca-Cola Creations, layari www.coca-cola.com/creations. - DagangNews.com