Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Laporan pemilikan saham Azam Baki dijangka diterima hari ini - PM Anwar

PUTRAJAYA 6 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih menunggu laporan daripada Peguam Negara berhubung isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum membuat sebarang kenyataan lanjut.

 

ICT Zone Asia terima tempahan sistem paparan elektronik RM17.7 juta daripada FK Technology

KUALA LUMPUR 6 Mac – ICT Zone Asia Berhad melalui anak syarikatnya, ICT Zone Sdn Bhd menerima tempahan pembelian bernilai RM17.7 juta daripada FK Technology Sdn Bhd.

 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya jual keseluruhan baki 16% pegangan dalam Timberwell membabitkan nilai RM12.8 juta

KUALA LUMPUR 6 Mac - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing telah melupuskan keseluruhan pegangan sahamnya dalam Timberwell Berhad selepas menerima tawaran pengambilalihan yang dibuat oleh pemegang saham terbesar syarikat itu, Wong Wai Foo.

 

Ketagihan Sarawak terhadap rokok seludup perlu dihentikan - Pertubuhan Transformasi Dayak

KUALA LUMPUR 6 Mac – Hampir 8 daripada setiap 10 batang rokok yang dihisap di Sarawak adalah rokok seludup, meletakkan negeri itu pada tahap tertinggi kadar penggunaan rokok seludup di Malaysia,  kata Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA).

 

Pendapatan Optimax pada 1QFY26 dibimbangi lemah berikutan cuti musim perayaan, kata Phillip Capital

KUALA LUMPUR 6 MacOptimax Holdings Berhad dikhuatiri merekodkan hasil suku pertama 2026 lebih lemah secara suku ke suku (QoQ) berikutan cuti musim perayaan mengurangkan hari operasi klinik.

Mitsubishi Motors Malaysia lancar Triton edisi juara eksklusif sempena kejayaan AXCR 2025

KUALA LUMPUR 6 Mac – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, mengumumkan pelancaran model Triton Edisi Juara sempena kemenangan Mitsubishi dalam Asia Cross Country Rally (AXCR) 2025.

 

Segmen pembuatan QES dijangka pulih, PublicInvest naikkan unjuran pendapatan sehingga 7% pada FY26–28F

KUALA LUMPUR 6 Mac - Segmen pembuatan QES Group Bhd yang mengecewakan pada FY25 susulan kelembapan jualan semikonduktor dijangka mencatatkan perubahan nasib tahun ini berikutan tempahan kukuh bagi produk teknologi perubatan, kata Public Investment Bank (PublicInvest).

Operasi PETRONAS Chemicals di Pengerang dikhuatiri terjejas akibat kos bahan mentah naik, CGSI unjur FY26 masih rugi

KUALA LUMPUR 6 Mac — Operasi PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) di Pengerang, Johor berisiko terjejas akibat kenaikan kos bahan mentah susulan konflik di Timur Tengah, kata CGS International.

Buku tempahan Sunview kini meningkat hampir empat kali ganda melalui kontrak solar terbaharu RM290 juta di Sarawak - AmInvest

KUALA LUMPUR 6 Mac – Kontrak terbaharu yang diperolehi Sunview Group Bhd bernilai hampir RM290 juta untuk membina loji solar PV di Sungai Likau, Bintulu Sarawak telah menambah baki tempahan yang sebelum ini mula berkurangan, kata AmInvestment Bank Research.

 

Mahkamah perintahkan MSM, Ranhill Water selesai cara damai pertikaian projek kilang gula di Johor

KUALA LUMPUR 6 Mac — Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan MSM Malaysia Holdings Berhad dan Ranhill Water Technologies Sdn Bhd menyelesaikan pertikaian undang-undang secara rundingan.

Malaysia catat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah RM426.7 bilion pada 2025 - PM Anwar

KUALA LUMPUR 6 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara apabila jumlahnya mencecah RM426.7 bilion pada 2025, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 

Kontrak RM444 juta di Arab Saudi tingkatkan pertumbuhan MGB di pasaran Asia Barat — Mercury Securities

KUALA LUMPUR 6 Mac — Kontrak pembinaan kediaman bernilai RM444 juta di Arab Saudi dilihat menjadi titik perubahan strategik buat MGB Berhad dalam usaha memperluas operasi di pasaran Asia Barat.

Perbelanjaan modal bersyarat TNB dijangka meningkat, BIMB Securities kekal saranan BELI

KUALA LUMPUR 6 Mac — Perbelanjaan modal bersyarat (capex) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, didorong pertumbuhan permintaan elektrik secara struktur serta layanan cukai yang lebih menggalakkan.

 

Subscribe to Terkini