Steel Hawk raih kontrak pembaikan, penyelenggaraan daripada Petronas Carigali selama 3 tahun
KUALA LUMPUR 24 April — Steel Hawk Berhad menerusi anak syarikatnya, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB) menerima kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan untuk tempoh tiga tahun.






