Terengganu perkenal tarikan pelancongan baharu di Tasik Kenyir dengan pembukaan Primula By The Lake
KUALA TERENGGANU 6 Julai – Tasik Kenyir terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi paling berpotensi di Malaysia dengan kemunculan sebuah hotel baharu yang akan memberi nafas baharu kepada industri pelancongan Terengganu.













