Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SkyeChip, Cerebras jalin kerjasama bangunkan teknologi cip untuk pengkomputeran AI generasi baharu

KUALA LUMPUR 7 Julai – SkyeChip Berhad menjalin kerjasama dengan Cerebras Systems Inc bagi membangunkan teknologi sambungan cip berkelajuan tinggi untuk menyokong platform pengkomputeran kecerdasan buatan (AI) generasi baharu syarikat teknologi Amerika Syarikat itu.

 

OPR dijangka kekal 2.75% buka ruang sektor hartanah namun risiko kadar faedah naik masih wujud - IQI

KUALA LUMPUR 7 Julai – Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka kekal 2.75% dilihat menyokong pertumbuhan sektor hartanah dengan memberikan kepastian kepada pembeli rumah dan perniagaan.

 

Kesan El Nino beri kelebihan sektor perladangan jual harga sawit tinggi hingga 2027 - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 7 JulaiSektor perladangan dijangka terus menikmati prestasi kukuh sehingga 2027 apabila kesan fenomena El Niño menjejaskan teruk bekalan minyak makan global, termasuk sawit.

 

Lynas, JS Link bina kilang magnet nadir bumi di Kuantan, bakal wujudkan 400 peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR 7 Julai - Lynas Rare Earths Ltd memeterai perjanjian kerjasama jangka panjang dengan syarikat Korea Selatan, JS Link Inc bagi membangunkan sebuah kilang pembuatan magnet kekal nadir bumi di Kuantan, Pahang, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bek

Bank tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya terhadap usahawan yang berdepan kekangan modal - PM Anwar

KUALA LUMPUR 7 Julai – Kerajaan memberi jaminan bank tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya terhadap usahawan yang memohon atau menerima kemudahan pembiayaan khususnya ketika mereka berdepan masalah aliran tunai atau kekangan modal kerja jangka pendek.

 

Azam Jaya terbitkan 100 juta saham baharu, sasar kutip RM89 juta penuhi keperluan minimum bursa

KUALA LUMPUR 7 JulaiAzam Jaya Berhad berhasrat menerbitkan 100 juta saham baharu melalui usaha penempatan persendirian, bagi menarik minat pasaran dan mengukuhkan modal secara mampan.

 

FMM gesa peralihan lancar sistem pekerja asing, cadang levi berperingkat

KUALA LUMPUR 7 Julai – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memastikan peralihan kepada sistem pengurusan pekerja asing berpusat dilaksanakan secara lancar dan menggunakan platform baharu itu untuk melaksanakan mekanisme levi p

Dividen PETRONAS hanya 5% hingga 6% daripada hasil Kerajaan Persekutuan 2026, kata Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR 7 Julai – Kementerian Kewangan menjelaskan dividen Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dianggarkan hanya menyumbang sekitar 5% hingga 6% daripada keseluruhan hasil kerajaan bagi tahun 2026.

 

Aemulus peroleh kontrak RM17.68 juta bekalkan sistem ujian peranti automotif pelanggan tempatan

KUALA LUMPUR 7 JulaiAemulus Holdings Berhad terus mengukuhkan momentum pertumbuhan apabila memperoleh kontrak bernilai RM17.68 juta daripada pelanggan tempatan dalam industri automotif.

 

Kempen Impian Bumiputera SP Setia tawar ganjaran hadiah IKEA RM5,000 kepada 57 pembeli terawal

KUALA LUMPUR 7 Julai – SP Setia Berhad melancarkan Kempen Impian Bumiputera bagi memperkukuh akses pemilikan rumah dalam kalangan pembeli Bumiputera menerusi tawaran ganjaran IKEA bernilai keseluruhan RM285,000.

 

TNB bekal elektrik kepada 36 pusat data pada suku pertama 2026 dengan kapasiti 4.5GW - PETRA

KUALA LUMPUR 7 Julai - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membekalkan elektrik kepada 36 pusat data yang sedang beroperasi dengan kapasiti bekalan yang dirancang sekitar 4.5 gigawatt (GW) sehingga suku pertama 2026 (1Q2026), menurut

UEM Edgenta dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 10 Julai 2026

KUALA LUMPUR 7 Julai – UEM Edgenta Bhd akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Berhad berkuat kuasa 10 Julai 2026, susulan pemindahan keluar keseluruhan modal saham terbitan syarikat itu daripada pasaran saham tempatan.

 

ECM Libra tubuh usaha sama 50:50 dengan syarikat Singapura, TP Real Estate perluas pengurusan hotel

KUALA LUMPUR 7 JulaiECM Libra Group Berhad memperkukuhkan kedudukan dalam industri hospitaliti melalui penubuhan usaha sama (JV) strategik 50:50 dengan TP Real Estate Holdings Pte Ltd (TPRE).

 

Subscribe to Terkini