Offspring lebarkan sayap perniagaan ke Togo, Nigeria selepas menerima tempahan eksport pertamanya | DagangNews Skip to main content

Offspring lebarkan sayap perniagaan ke Togo, Nigeria selepas menerima tempahan eksport pertamanya

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 April - Offspring Inc. Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Sedania Innovator Berhad melebarkan saya perniagaan ke Togo dan Nigeria selepas menerima tempahan pertama untuk mengeksport produk-produk penjagaan kesihatannya ke negara itu.

 

Pencapaian terbaharu itu menepati aspirasi global Offspring yang mahu terus melebarkan perniagaan mereka selepas berjaya menempat diri di pasaran Eropah, Amerika Utara dan Asia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Offspring, Roslan Ismail berkata, tempahan pertama yang diterima dari Togo dan Nigeria memndakan kemajuan perancangan mereka untuk bertapak di Afrika yang merupakan benua kedua terbesar dan memiliki penduduk yang ramai.

 

Katanya, Togo dan Nigeria merupakan langkah permulaan Offspring di Afrika dan kejayaan penghantaran itu dijangka melonjakkan jeama mereka sekali gus membuka peluang untuk menarik lebih banyak perniagaan baharu.

 

“Kami optimistik untuk menembusi pasaran Afrika dan yakin produk kami akan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan rakyat Afrika, dengan jumlah populasi Togo dan Nigeria kini adalah 8.7 juta dan 215.1 juta orang.

 

“Pencapaian ini juga merupakan batu loncatan bagi Offspring untuk meraih peluang perniagaan di benua tersebut, yang mana ia akan disokong oleh rancangan kami untuk memperkenalkan produk organik lain sebaik jenama Offspring mula berkembang di Afrika," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

offspring
Roslan Ismail

 

Offspring memasarkan dan mengeksport rangkaian produk penjagaan kesihatan berasaskan pencegahan merangkumi produk bayi yang selamat, semula jadi dan mesra alam seperti lampin, tisu basah berasaskan tumbuhan, dan keperluan isi rumah. 

 

Kesemua produk itu dihasilkan menggunakan bahan yang selamat kepada alam sekitar serta mendorong kepada pelepasan karbon yang rendah. - DagangNews.com