OCK Group catat peningkatan untung bersih sebanyak 25.5% kepada RM11.7 juta pada 2QFY23
KUALA LUMPUR 29 Ogos - OCK Group Berhad, penyedia rumusan rangkaian telekomunikasi terbesar di Malaysia mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 25.5% kepada RM11.7 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 (2QFY23) berbanding RM9.3 juta pada tahun sebelumnya.









