Sunway REIT jual Sunway Hotel Seberang Jaya berharga RM60 juta kepada Sunway Medical Centre
KUALA LUMPUR 28 Okt – Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) merancang pelupusan Sunway Hotel Seberang Jaya di Pulau Pinang kepada Sunway Medical Centre Penang Sdn Bhd, anak syarikat Sunway Healthcare Holdings Berhad, dengan harga tunai sebanyak RM60 juta.






