Ericsson akui Malaysia mampu jadi perintis pembangunan prasarana, liputan rangkaian 5G - PM | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ericsson akui Malaysia mampu jadi perintis pembangunan prasarana, liputan rangkaian 5G - PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menerima kunjungan Börje Ekholm (dua dari kiri) di Putrajaya hari ini. - Gambar PMO
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memahami bahawa teknologi dan rangkaian 5G memainkan peranan besar dalam melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia.

 

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ericsson Group, Börje Ekholm di Putrajaya hari ini, yang bertujuan memberikan status terkini berhubung pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia. 

 

Ismail Sabri berkata, impak positif yang bakal diterima oleh Keluarga Malaysia serta tahap produktiviti dan nilai tambah industri dari pelaksanaan teknologi 5G amat jelas sekali.

 

"Ericsson sendiri mengakui bahawa Malaysia mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G," katanya.

 

 

pm

 

 

pm

 

 

Katanya, Börje Ekholm turut menyatakan komitmen kepada beliau bagi mempergiatkan aktiviti dan pelaburan di Malaysia, setelah 57 tahun Ericsson bertapak di negara ini. - DagangNews.com