Pasaran modal tidak boleh hanya patuh peraturan, mesti lebih berdaya saing untuk tarik pelabur global – SC
KUALA LUMPUR 2 Julai – Pasaran modal Malaysia perlu dibangunkan secara menyeluruh melalui kerjasama semua pihak dalam ekosistem yang berdaya saing dan menarik kepada pelabur global, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Mohammad Faiz Azmi.





