Kee Ming meterai perjanjian taja jamin bersama TA Securities menjelang penyenaraian di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR 7 Jan – Kee Ming Group Berhad, penyedia rumusan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) memeterai perjanjian taja jamin dengan TA Securities Holdings Berhad menjelang tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia.








