Johor berpotensi catat hasil RM3 bilion pada 2026 jika momentum semasa dikekalkan - Onn Hafiz
KUALA LUMPUR 4 Mac - Johor berpotensi merekodkan hasil tertinggi dalam sejarah negeri itu tahun ini apabila kutipan dua bulan pertama mencecah RM600 juta, meletakkan negeri berkenaan di landasan kukuh untuk melepasi sasaran RM3 bilion.







