RUU Perolehan Kerajaan tidak tambah kuasa Menteri, sebaliknya dihadkan dengan mekanisme semak dan imbang - Amir Hamzah
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan (PK) tidak sama sekali menambah kuasa Menteri Kewangan, sebaliknya kuasa Menteri Kewangan dihadkan dengan memperkenalkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh.







