Sektor perladangan dijangka catat prestasi kukuh, disokong unjuran harga sawit RM4,300 setan – HLIB
KUALA LUMPUR 4 Nov – Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan andaian harga minyak sawit mentah (CPO) bagi 2025 dan 2026 masing-masing pada RM4,300 dan RM4,200 satu tan, dengan purata harga setakat tahun ini berada pada RM4,351 satu tan.









