Utarasama Marine bukan lagi pemegang saham besar Destini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Utarasama Marine bukan lagi pemegang saham besar Destini

 

KUALA LUMPUR 12 Mei - Utarasama Marine Sdn Bhd bukan lagi pemegang saham bersar Destini Berhad setelah menjual keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam syarikat tersebut.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Utarasama Marine telah menjual keseluruhan pegangan sahamnya sebanyak 83.75 juta unit atau 5.03% kepentingan dalam syarikat penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu itu melalui transaksi perniagaan langsung pada 11 Mei.

 

Dengan pelupusan itu, bekas Pengerusi Eksekutif Destini, Datuk Rozabil @ Rozamujib Abdul Rahman mempunyai 3.76% pegangan tidak langsung dalam Destini kerana saham tidak langsungnya dipegang melalui Utarasama Marine. 

 

Pada masa ini, Rozabil memegang kepentingan langsung sebanyak 6.23% dalam Destini, menjadikannya pemegang saham keempat terbesar dalam kumpulan itu.

 

Utarasama Marine menjadi pemegang saham Destini pada penghujung Julai 2016 apabila ia memperoleh 101 juta saham dan meningkatkan lagi pegangan sahamnya kepada 120.13 juta atau 10.4% pada November 2016.

 

Bagaimanapun, ia telah mengurangkan pegangannya dalam beberapa siri pelupusan sejak Mei 2017.

 

Saham Destini dibuka tidak berubah pada  8 sen pagi ini, memberikannya permodalan pasaran RM133.08 juta. -DagangNews.com