KUALA LUMPUR 6 Julai – Jenama barang kemas mewah, Tresor Monde.H memperluaskan operasinya dalam pasaran barang kemas mewah apabila membuka butik baharu di KLGCC Mall.
Menurut Tresor Monde.H, pembukaan butik tersebut juga adalah inisiatifnya dalam mewujudkan ruang runcit mewah yang menawarkan pengalaman lebih peribadi, eksklusif dan bermakna kepada pelanggan.
Jenama itu diinspirasikan daripada frasa Bahasa Perancis “Dunia Khazanah”, dengan falsafah “When Treasure Meets the World” yang membawa maksud setiap rekaan barang kemas bukan sekadar perhiasan, tetapi simbol kepada kisah hidup, detik bermakna dan kenangan berharga setiap individu.
“Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh ketelitian agar ia kekal relevan merentasi generasi, selain membawa nilai sentimental yang mendalam kepada pemiliknya.
“Dari sudut koleksi, jenama kami menawarkan pelbagai pilihan termasuk berlian, batu permata berwarna, jed, mutiara, emas dan perak yang dipilih dengan teliti bagi memastikan kualiti, ketulenan dan nilai estetika yang tinggi.
“Setiap bahan yang digunakan turut diperoleh secara beretika serta penggunaan logam premium dari Jepun dan Hong Kong bagi memastikan setiap hasil rekaan menepati standard tinggi seni pertukangan mewah,” katanya dalam satu kenyataan.
Pembukaan butik tersebut disambut dengan majlis perasmian yang berlangsung meriah, melibatkan kehadiran tetamu kehormat, rakan perniagaan serta jemputan khas dari pelbagai latar industri.


Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon legenda Hong Kong, Nancy Sit Ka Yin, yang menyempurnakan acara simbolik pemotongan reben sebagai tanda perasmian rasmi butik tersebut.
Sepanjang majlis, para tetamu turut disajikan dengan persembahan muzik secara langsung serta pertunjukan khas koleksi barang kemas eksklusif yang menampilkan rekaan terbaharu jenama berkenaan.
Selain koleksi siap dipakai, butik ini turut menyediakan perkhidmatan tempahan khas yang membolehkan pelanggan bekerjasama dengan pakar perunding untuk menghasilkan rekaan yang mencerminkan identiti, gaya hidup serta kisah peribadi mereka.
Proses tempahan khas itu merangkumi pemilihan batu permata, logam berharga serta perincian reka bentuk, sebelum dihasilkan menjadi barang kemas unik yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Sementara itu, Pengasas Tresor Monde.H, Harry Chan, berkata setiap pelanggan yang hadir ke butik mempunyai kisah hidup yang tersendiri, dan jenama itu berhasrat menterjemahkan kisah tersebut dalam bentuk rekaan yang boleh diwarisi.
“Barang kemas bukan sekadar cantik, tetapi ia membawa makna yang mendalam kerana setiap rekaan mencerminkan detik penting dalam kehidupan pelanggan,” katanya.
Dengan pembukaan butik di KLGCC Mall ini, Tresor Monde.H menyasarkan untuk terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi barang kemas mewah yang menggabungkan seni pertukangan halus, pengalaman diperibadikan serta nilai cerita dalam setiap rekaan. - DagangNews.com








