Grab Malaysia hargai atlet Olimpik, Paralimpik menerusi pemberian GrabRewards, baucar | DagangNews Skip to main content

Grab Malaysia hargai atlet Olimpik, Paralimpik menerusi pemberian GrabRewards, baucar

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo (berdiri dua dari kiri) bersama Rakan OKU Grab, para pemenang pingat Sukan Olimpik dan Paralimpik Malaysia.
Oleh Shamsiah Zulkafli

PETALING JAYA 4 Okt – Grab Malaysia baru-baru ini meraikan kejayaan kontinjen Olimpik dan Paralimpik Malaysia menerusi pemberian GrabRewards dan baucar.

 

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk memberikan penghargaan kepada atlet Malaysia yang telah mewakili negara dengan penuh kebanggaan di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris. 

 

"Prestasi luar biasa mereka di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris bukan sahaja telah menyalakan semangat inspirasi dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga telah menyentuh hati Rakan OKU kami. 

 

"Kisah ketabahan dan kegigihan mereka telah menjadi sumber kekuatan dan motivasi bagi Rakan OKU kami. Kami sangat bangga untuk menyokong kejayaan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

 

Sebagai tanda penghargaan kepada atlet-atlet terlibat, sebuah cek simbolik diserahkan kepada pemenang pingat bagi menghargai usaha keras dan kejayaan mereka.

 

Para pemenang pingat dianugerahkan GrabFood percuma selama setahun, sementara pemenang pingat emas, perak dan gangsa masing-masing menerima 1 juta, 500,000, dan 250,000 GrabRewards. 

 

Kesemua 110 jurulatih dan pegawai juga menerima baucar GrabFood bernilai RM100.

 

Selain meraikan kemenangan para atlet, majlis tersebut turut dihadiri Rakan OKU Grab untuk beramah mesra dengan mereka. 

 

Majlis itu memberikan peluang yang unik kepada Rakan Grab untuk berinteraksi dengan atlet-atlet negara, terutamanya para atlet paralimpik. 

 

Grab Malaysia kekal komited menyokong komuniti OKU, dengan lebih 3,100 OKU di seluruh Asia Tenggara menjana pendapatan melalui platform Grab.

 

Melalui acara tersebut, Grab Malaysia menegaskan komitmennya untuk menyokong komuniti di seluruh Malaysia, termasuk rakan Grab dan atlet-atlet negara. - DagangNews.com