Azno Katering tawar Iftar Ramadan berbaloi, harga antara termurah di Ipoh | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Azno Katering tawar Iftar Ramadan berbaloi, harga antara termurah di Ipoh

Azno Katering mengekalkan konsep sajian kampung pada harga berpatutan.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 16 Feb – Pertambahan pelanggan semasa iftar Ramadan tahun lalu menyaksikan Azno Katering memilih lokasi baharu dengan ruang makan lebih besar dan selesa.

 

Tahun ini Iftar Ramadan Azno Katering memilih Prestige Hall Bercham dekat sini yang boleh menampung sehingga 600 pelanggan pada satu-satu masa.

 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Azno Katering masih mengekalkan konsep ‘makan macam hotel, bayar macam warung’ dengan lebih 40 masakan nostalgia ala kampung.

 

Pengurus dan pemilik Azno Katering, Aznol Kamal Alias berkata, harga yang mereka tawarkan adalah antara yang termurah di Ipoh.

 

Perak

 

Perak

 

Menurut beliau, Prestige Hall Bercham dipilih bagi memberi penekanan kepada keselesaan pengunjung dalam suasana dewan yang lebih eksklusif.

 

“Antara tarikan utama yang menjadi kegemaran ramai termasuk gulai lemak siput sedut, kerang, lala serta kambing bakar.

 

“Selain pelbagai lagi juadah tradisional kampung yang menepati cita rasa tempatan.

 

“Setiap tahun kami cuba tampilkan kelainan, namun tetap mengekalkan menu tradisi yang dirindui pelanggan. 

 

Perak

 

Perak

 

Perak

 

“Tahun ini, lokasi baharu dipilih bagi memberikan pengalaman berbuka puasa yang lebih selesa dan teratur,” katanya ketika ditemui semasa sesi pengenalan menu Iftar Ramadan Azno Katering.

 

Dewan Prestige Hall Bercham yang berhawa dingin itu mampu menampung sehingga 500 tetamu manakala 100 lagi di ruang terbuka.

 

Tempat letak kenderaan juga luas selain lokasinya mudah dikunjungi.

 

Selain itu, kemudahan surau yang selesa serta tandas mencukupi termasuk mesra orang kelainan upaya (OKU) turut disediakan bagi memastikan keselesaan pengunjung.

 

Aznol memberitahu, bagi tempahan berkumpulan melebihi 300 orang, pihaknya menawarkan potongan harga istimewa.

 

Perak

 

Perak
Prestige Hall Bercham mempunyai dewan yang berhawa dingin dan selesa.

 

Turut disediakan promosi satu tempat duduk percuma bagi setiap 10 tempahan berbayar.

 

“Harga pakej Iftar Ramadan Azno Katering ditawarkan pada RM55 bagi dewasa, RM45 untuk warga emas dan RM35 untuk kanak-kanak.

 

“Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan boleh menghubungi Hani di talian 012-5762711 atau Mira (012-4191930),” ujarnya.

 

Dengan gabungan menu nostalgia, harga berpatutan serta kemudahan selesa, Azno Katering yakin terus menjadi pilihan warga Ipoh dan kawasan sekitarnya - DagangNews.com