KUALA LUMPUR 8 Mei - Pos Malaysia Berhad telah membuka kedai serbaneka pertamanya, Pos Shop, sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi strategik syarikat.
Pos Malaysia berkata kedai pusat sehenti (OSC) itu terletak di Pejabat Pos Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
“Ia berfungsi sebagai model untuk pembangunan masa hadapan di pejabat pos terpilih dalam negara, dengan matlamat untuk mencipta pengalaman lebih menarik serta menawarkan kemudahan runcit di pejabat pos.
“Dengan memanfaatkan jangkauan dan titik sentuh Pos Malaysia di seluruh negara, kedai serbaneka ini menawarkan pelbagai pilihan minuman, pencuci mulut, makanan ringan dan produk penjagaan diri pada harga yang sangat kompetitif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Pos Shop beroperasi selama tujuh hari seminggu dari 8 pagi hingga 8 malam. -DagangNews.com








