Peugeot 408 serba baharu dilancarkan di Malaysia harga bermula RM146,055 | DagangNews Skip to main content

Peugeot 408 serba baharu dilancarkan di Malaysia harga bermula RM146,055

Peugeot 408 dipasang di Malaysia di kilang Stellantis Gurun, Kedah
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 6 Mei – Peugeot yang merupakan jenama di bawah Stellantis akhirnya melancarkan Peugeot 408 serba baharu pemasangan tempatan.

 

Peugeot 408 baharu ditawarkan pada harga RM 146,055 untuk varian Allure, RM 166,055 bagi Premium dan RM196,055 untuk model flagship GT. Harga itu termasuk jaminan selama 7 tahun* atau perbatuan sejauh 200,000km, mana-mana tiba dahulu.

 

Ia juga menjadi model Peugeot pertama yang dilancarkan oleh Stellantis Malaysia.

iktisad

 

Ketua Pegawai Operasi, ASEAN dan Pengedar Am, Stellantis, Daniel Gonzalez berkata, Peugeot 408 serba baharu merupakan sebuah model yang benar-benar unik serta tidak dapat dijangka dari setiap sudut.

 

Di rantau Asean, model 408 serba baharu membentuk 30% daripada kereta PEUGEOT yang dijual di Vietnam dan Taiwan, membukitikan daya tarikannya.

 

“Kami teruja untuk membawakan ikon terkini yang dipasang di kilang Stellantis Gurun, Kedah kepada para pelanggan di Malaysia,” kata beliau pada majlis pelancaran model tersebut pada 29 April 2024.

 

Rekaan Luaran yang Menawan

Allure” yang PEUGEOT definisikan sebagai “keterujaan dan penuh tarikan” adalah nilai utama dan mewakili segala yang dilakukan oleh jenama ini. PEUGEOT 408 serba baharu sememangnya mewakili konsep “Allure” dan sukar dijangka kerana ia mendefinisikan kembali segmennya dengan rekaan luaran yang cukup radikal.

408

 

Siluet fastback yang dinamik itu bukan sekadar sangat estetik, malah ia menyerlahkan garis badan dengan elemen singa yang disalurkan menerusi pelbagai elemen gayaan. Reka bentuk yang menawan ini menunjukkan hala tuju rekaan masa depan kenderaan PEUGEOT.

 

Wajah yang Ikonik

Melihat dari arah hadapan, PEUGEOT 408 serba baharu mengetengahkan emblem jenama yang terkini. Ia diletakkan di tengah-tengah yang nyata nampak harmoni bersama gril jeriji vertikal yang diwarnakan dengan warna badan. Suluhan cahaya pula dihasilkan oleh PEUGEOT Signature Light serba baharu – kluster lampu utama LED tersendiri yang turut merangkumi sepasang jalur lampu nyalaan siang berbentuk taring singa. Varian GT dilengkapi lampu utama dengan teknologi Matrix LED yang menampilkan fungsi lampu tinggi automatik untuk suluhan cahaya optimum dalam suasana gelap.

 

 

408

 

 

Siluet yang Mengagumkan

Beralih daripada profail sisi dinamik kepada garis bumbung yang condong, engsel berlekuk pada PEUGEOT 408 serba baharu digabungkan dengan rekaan telinga kucing (Cat Ears) untuk menghasilkan koridor aerodinamik yang optimum pada lid spoiler.

 

PEUGEOT 408 serba baharu menampilkan rekaan tiga cakaran 3D yang tersendiri, lampu LED belakang diserlahkan lagi dengan lekuk pada bampar belakang. Elemen rekaan ini disertakan dengan ciri-ciri inovatif lain pasti membuatkan orang berpaling untuk melihat PEUGEOT 408 serba baharu yang memberikan impresi yang berpanjangan.

 

Dibina berasaskan kepada EMP2 (Efficient Modular Platform) multi-tenaga, PEUGEOT 408 serba baharu memiliki dimensi 4,687mm panjang, 1,859mm lebar dan tinggi 1,487mm. Dengan jarak roda sepanjang 2,787mm dan kelegaan tanah setinggi 189mm, ia memberikan penampilan yang gagah di atas jalan raya.

 

MENERAJUI INDUSTRI

 

Kelincahan Dengan Gaya Mewah

Pengalaman pemanduan PEUGEOT 408 yang mengujakan itu datang daripada enjin PureTech turbo 1.6 liter baharu yang canggih. Enjin tersebut yang mampu menjana kuasa sehingga 218hp (160kW) pada 5,750rpm dan tork 300Nm pada 2,000rpm yang dipadankan dengan transmisi automatik EAT8 8-kelajuan pintar. Pantas dan lincah, PEUGEOT 408 serba baharu mampu memecut dari titik pegun ke 100km/j dalam masa hanya 8.8 saat. Gabungan itu memberi peluang kepada pemandu untuk menikmati prestasi yang luar biasa.

 

 

408

 

 

Dengan prestasi mendahului kelasnya yang digabungkan bersama profail sebuah fastback yang dinamik, PEUGEOT 408 serba baharu bukanlah sebuah sedan atau SUV. Sebaliknya, ia berada di dalam segmen tersendiri.

 

Bucu-bucu tajam dan elemen rekaan yang mendefinsikan siluet jentera ini dapat dilihat dengan jelas terutama pada bahagian belakang, hujung bumbung dan bahagian sisinya. 

 

Warna & Varian yang Menawan

PEUGEOT 408 serba baharu hadir dalam empat pilihan warna menarik – hitam (Perla Nera Black), putih (Okenite White), kelabu (Artense Grey) dan biru (Obsession Blue) bersama tiga kemasan atau varian berbeza iaitu Allure, Premium dan GT.

 

Varian Allure dilengkapi rim Granite Grey bersaiz 18-inci, manakala varian Premium menerima rim Granite Black 18-inci. Pelanggan boleh meningkatkan penampilan jentera ini dengan rim Monolithe Black bersaiz 20-inci yang eksklusif untuk varian GT. Ia turut hadir dengan pelbagai ciri-ciri eksklusif seperti berikut:

 

  • Lampu utama Matrix LED dengan ciri Automatic Beam
  • Lampu belakang LED bersama 3D Claw Effect
  • Kluster Meter Digital 3D Quartz
  • Ciri sentuhan i-Toggles yang boleh dikonfigurasikan
  • Sistem Hi-Fi Premium FOCAL®
  • Kamera 360°
  • Tempat duduk yang mendapat perakuan daripada AGR* dan ciri memori untuk pemandu
  • Fungsi urutan multi-spot untuk penumpang hadapan dan pemandu

 

*AGR (Aktion für gesunder Rücken) ialah persatuan pakar ergonomik dan belakang badan bebas dari Jerman.

 

 

408

 

 

MENAWARKAN EMOSI PEMANDUAN YANG TIADA TANDINGAN

 

Trademark PEUGEOT i-Cockpit

Apabila masuk ke dalam ruang kabin PEUGEOT 408 baharu yang luas dan moden ini, pemandu disambut oleh kecanggihan sistem PEUGEOT i-Cockpit®. Rekaan papan pemuka PEUGEOT 408 baharu adalah berasaskan kepada seni bina High Vents” yang meletakkan semua corong ventilasi penting pada tahap optimal untuk menambah baik aspek keselesaan suhu kepada semua penumpang di dalam kabin.

 

 

408

 

408

 

Di bahagian atas stereng bersaiz kompak itu pula, pemandu dihidangkan dengan kluster instrumen digital bersaiz 10-inci lengkap bersama teknologi 3D serta pilihan paparan yang boleh dipersonalisasi bagi varian GT. 

 

Konsol tengah yang tampil minimalis menyerlahkan rekaan dinamik dan bersih. Tombol kawalan gear utama ditetapkan menerusi tuil satu sentuhan untuk gear Reverse (R), Neutral (N) dan Drive (D), manakala butang Parking (P) diposisikan secara berasingan.

 

Pilihan Mode Pemanduan (Driving Mode) iaitu Eco, Normal atau Sport membolehkan pemandu menikmati pengalaman pemanduan PEUGEOT 408 serba baharu yang mengujakan. Sekali gus merasai sendiri kualiti dinamik pemanduan dan kawalannya. - DagangNews.com