Malacca Securities tamatkan liputan terhadap SLP Resources akibat kekurangan pegangan saham | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malacca Securities tamatkan liputan terhadap SLP Resources akibat kekurangan pegangan saham

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 25 April - Malacca Securities menamatkan liputan terhadap SLP Resources Bhd (SLP) disebabkan kekurangan kepentingan pelabur runcit dan institusi serta pengagihan semula sumber dalaman.

 

“Kami menjangkakan aktiviti dagangan akan kekal diredam dengan purata volum dagangan tiga bulan merosot kepada 34,823, mewakili hanya 1.1% daripada jumlah saham diperbesarkan yang diterbitkan,” katanya dalam nota hari ini.

 

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata, hasil dividen prospektif pada 6.6% dan 7.1% masing-masing untuk FY23 dan FY24 agak menarik untuk ufuk pelaburan jangka panjang.

 

Menurut firma itu, prospek jangka panjang SLP Resources kekal hambar berikutan ketiadaan perkembangan baharu, sementara penghantaran ke negara Eropah dijangka tidak berlaku.

 

Walaupun komitmen untuk mengguna pakai proses automasi dan pendigitalan sedang berjalan, firma itu menjangkakan peningkatan dalam margin disia-siakan oleh semakan menaik tarif elektrik di bawah mekanisme pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) dalam tempoh enam bulan dari Januari 2023 hingga Jun 2023 dan kos buruh yang lebih tinggi.

 

“Kami tetap berhati-hati memandangkan ketegangan geopolitik berterusan antara Ukraine dan Rusia serta pemulihan bekalan dari negara-negara Eropah berikutan kejatuhan harga gas.

 

Memandangkan permintaan mungkin stabil, kami menjangkakan kadar penggunaan loji SLP meningkat pada sekitar 60% untuk tahun kewangan 2023 (FY23) berbanding 50% dalam tahun kewangan 2022 (FY22) dengan kumpulan mengalihkan tumpuan mereka kepada pengeluaran dan penjualan produk dengan margin lebih tinggi,” tambahnya.

 

Firma itu berkata, pasaran luar negara utama seperti Jepun, Australia dan New Zealand dijangka menyumbang kepada pendapatan, memandangkan permintaan untuk beg dapur, kantung kanggaru dan filem mono kekal diterima baik.

 

Bagaimanapun, jualan tempatan yang membentuk sehingga 59.2% daripada jumlah pendapatan pada FY22 dijangka kekal tidak berubah untuk FY23.

 

Saranan terakhir firma itu adalah ‘pegang’ dengan nilai saksama (FV) 94sen sesaham. -DagangNews.com