Lebih 1,000 syarikat sertai SME Biz Day 2023 anjuran CTOS | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lebih 1,000 syarikat sertai SME Biz Day 2023 anjuran CTOS

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 April - Lebih 1,000 syarikat perniagaan menghadiri ‘SME Biz Day 2023’, sebuah program rangkaian terbesar yang dianjurkan CTOS Data Systems Sdn Bhd, agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia, baru-baru ini.

 

Program ini direka oleh CTOS bagi menyediakan satu forum untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membina rangkaian dan mendapatkan pemahaman penting daripada peneraju industri. 

 

Pelbagai sesi telah dianjurkan sepanjang hari dengan jurucakap terulung dari SME Corp Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), CIMB, Google dan RAM Ratings.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital, Erick Hamburger berkata, pihaknya berupaya untuk membantu PKS dengan Pengurus Kredit CTOS yang memberikan mereka pemantauan terautomasi, peralatan amaran serta pilihan bagi membantu pemulihan hutang selama lebih 30 tahun. 

 

"Penawaran produk kami telah berkembang melangkaui instrumen pelaporan kredit tradisional untuk kini menyertakan pelbagai penyelesaian digital, semuanya disusun dengan teliti untuk menyokong setiap peringkat kitaran hayat pengguna.

 

"Dengan lebih 20,000 klien yang kian meningkat, CTOS SME Biz Day bertujuan untuk membantu mereka dengan membuka peluang membina rangkaian serta memberikan penyelesaian digital terkini untuk pertumbuhan perniagaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Dalam pada itu, CTOS turut mengumumkan pelancaran CM Lite, satu versi ringkas Pengurus Kredit CTOS yang dibuat khusus untuk profesional yang memerlukan maklumat terkini di hujung jari. 

 

 

CTOS
                                                                              Erick Hamburger

 

 

Ia mempunyai versi mudah alih yang membolehkan pengguna membeli laporan dan melihat makluman pemantauan sepintas lalu, bersama-sama dengan fungsi Pengurus Kredit CTOS penting yang lain.

 

Seramai 30 PKS yang merupakan klien terulung CTOS telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Pelanggan Emas CTOS', sebagai tanda penghargaan ke atas kesetiaan mereka selama tiga dekad. 

 

 

ctos

 

 

Untuk mempelajari lebih banyak tentang kesihatan kredit atau bagaimana CTOS boleh membantu perniagaan atau untuk mendaftar servis semakan kendiri CTOS, orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih CTOS atau layari https://www.ctoscredit.com.my. - DagangNews.com