KUALA LUMPUR 8 Mei - Jaya Grocer telah menambah tiga lagi cawangan yang menjual susu segar Farm Fresh dalam botol kaca berikutan sambutan hangat di pasar rayanya di Mont Kiara.
Farm Fresh Milk-On-Tap di Jaya Grocer merupakan usaha kelestarian yang menggalakkan pengguna membeli susu segar dalam botol kaca pada harga yang sama iaitu RM7.90 seliter dengan bayaran hanya RM3 sekali bagi setiap botol kosong.
Usaha yang dilancarkan pada September 2022 itu telah mendapat sambutan menggalakkan yang mendorong Jaya Grocer menambah tiga cawangan lagi untuk menjual Farm Fresh Milk-On-Tap iaitu di Empire Shopping Gallery, Subang; Starling Mall, Petaling Jaya; serta Intermark Mall, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo berkata tiga lokasi baharu itu telah menjadi tumpuan ramai, di mana daripada hasil pemerhatian menunjukkan bahawa pelanggan menyukai konsep Farm Fresh Milk-On-Tap.
“Kami bersedia menerima sebarang cadangan dari pelanggan kami sekiranya mereka ingin Farm Fresh Milk-On-Tap disediakan di Jaya Grocer berhampiran mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Adelene, cawangan Jaya Grocer 163 Retail Park, Mont Kiara telah mendapat sambutan luar biasa dengan lebih 50,000 botol susu terjual.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh, Loi Tuan Ee berkata pihaknya teruja menawarkan pilihan mesra alam jangka panjang untuk menikmati susu Farm Fresh dalam botol kaca yang boleh di kitar semula.
"Kami berbesar hati untuk terus menyokong Jaya Grocer dan menghantar susu segar terus dari ladang ke empat cawangan ini dengan lebih banyak lagi memandangkan lokasi ini diputuskan berdasarkan maklum balas pengguna," katanya.
Menurut Jaya Grocer, trend jejak aliran ini merupakan suatu konsep yang direka untuk mewujudkan kesedaran tentang kemampanan dan bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
Menurut Jaya Grocer, trend ini merupakan suatu konsep yang direka untuk mewujudkan kesedaran tentang kemampanan dan bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
Selain itu, katanya, usaha ini juga telah mengubah gaya hidup penduduk bandar untuk menikmati susu segar dan telah terbukti bahawa terdapat peningkatan dalam peredaran gaya hidup masa kini. -DagangNews.com








