Infomina catat untung bersih RM8.3 juta, pendapatan RM57.5 juta pada 4QFY23 | DagangNews Skip to main content

Infomina catat untung bersih RM8.3 juta, pendapatan RM57.5 juta pada 4QFY23

diyana@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 31 Julai - Infomina Berhad (Infomina) penyedia rumusan teknologi serantau telah mencatat keuntungan bersih RM8.3 juta dalam suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY23), sementara pendapatan kumpulan berjumlah RM57.5 juta.

 

Dalam satu kenyataan media hari ini, kumpulan itu berkata pendapatan bagi suku tersebut disumbangkan terutamanya oleh segmen operasi infrastruktur teknologi, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan yang merangkumi RM42.1 juta atau 73.3% daripada pendapatannya.

 

Jelasnya, segmen tersebut terutamanya terdiri daripada hasil yang diiktiraf daripada kontrak untuk penyediaan rumusan infrastruktur teknologi untuk institusi perkhidmatan kewangan di Filipina dan Thailand.

 

Tiada perbandingan tahun ke tahun memandangkan Infomina tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 November 2022.

 

Infomina mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM40.9 juta dan pendapatan RM251 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mei 2023 (FY23), didorong oleh segmen operasi infrastruktur teknologi, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan kumpulan yang menyumbang RM186.7 juta atau 74.3% daripada jumlah pendapatannya.

 

Setakat 31 Mei 2023, kunci kira-kira kumpulan kekal teguh dengan kedudukan tunai bersih sebanyak RM79.8 juta manakala nisbah semasa berada pada 1.6 kali ganda.

 

Mengulas mengenai keputusan 4QFY23 dan FY23, Pengarah Urusan Infomina, Yee Chee Meng berkata ia prestasi tersebut merupakan satu rekod untuk kedua-dua hasil dan keuntungan kumpulan.

 

 

Yee Chee Meng
Yee Chee Meng

 

 

“Melihat ke hadapan, prestasi kami akan didorong oleh buku pesanan yang cemerlang berjumlah kira-kira RM450 juta yang terdiri daripada portfolio terpelbagai dengan lebih 60 pelanggan aktif merentasi pelbagai industri dan lokasi geografi termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Hong Kong, China dan Taiwan.”

 

“Kami akan terus melaksanakan strategi kami untuk meneruskan kontrak di Malaysia dan pasaran luar negara utama, sementara menyasarkan untuk mengembangkan lagi buku pesanan kami,” ujar beliau.- DagangNews.com