Enfagrow anjur ekspo pendidikan mulai 18 hingga 21 Mei 2023 di Sunway Pyramid | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Enfagrow anjur ekspo pendidikan mulai 18 hingga 21 Mei 2023 di Sunway Pyramid

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Mei - Enfagrow A+ menjemput para ibu bapa menghadiri ekspo pendidikan, 'The Holistic Brain Expo: An Educational Expo For Future-Ready Kids' yang akan berlangsung dari 18 hingga 21 Mei di Orange Concourse, Sunway Pyramid. 

 

Ekspo tersebut bertujuan memperkasakan para ibu bapa dan pendidik bagi melengkapkan anak-anak dengan kebolehan untuk berkembang maju mengikut arus perubahan dunia.

 

Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapore dan Vietnam, Brian Fischel berkata, ia menyediakan peluang menarik kepada ibu bapa mendalami kajian terkini berkenaan perkembangan otak anak-anak dan mendapatkan nasihat praktikal membantu anak muda mencapai potensi sepenuhnya.

 

Katanya, pada kadar pembangunan semasa, masa depan kelihatan menarik terutamanya dengan perkembangan kecerdasan buatan (AI) dan automasi yang semakin meningkat. 

 

"Namun begitu, ibu bapa pasti risau akan kebolehan anak-anak mereka untuk menghadapi dunia ini, terutamanya dalam bidang kerjaya pilihan mereka. 

 

"Ibu bapa dan golongan pendidik juga makin sedar kepentingan kesejahteraan emosi dan kemahiran EQ bagi anak-anak yang perlu diasah dari usia muda bersama-sama dengan kebolehan akademik untuk berjaya dalam dunia yang sentiasa berubah," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut Brian, kajian menunjukkan bahawa EQ adalah dua kali lebih penting daripada IQ, kerana 67%  daripada kebolehan yang diperlukan untuk menjadi pemimpin berprestasi tinggi adalah berpandukan EQ. 

 

 

enfagrow

 

 

Katanya, kira-kira 90% perkembangan otak akan berlaku dalam lima tahun pertama kehidupan seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan asas kukuh dalam tiga aspek utama seperti pemakanan, sokongan emosi dan pengalaman positif yang akan menyediakan mereka pembangunan holistik seumur hidup. 

 

"Enfagrow A+ memberikan komitmen untuk memperkasakan ibu bapa dan para pendidik bagi memastikan kanak-kanak di Malaysia mempunyai asas kukuh membina kemahiran hidup penting dengan pembangunan IQ dan EQ optimum," katanya.

 

Dalam pada itu, ekspo tersebut merupakan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia bagi mempamerkan keajaiban sains dalam perkembangan otak pada usia awal, dan potensi tanpa had yang berada dalam setiap anak muda. 

 

Tarikan utama ekspo ialah Brainverse, sebuah pengalaman 360 darjah menarik yang akan membawa para pengunjung mengikuti perjalanan menarik untuk melihat rangkaian saraf dalam otak dan alami proses perkembangan otak seorang kanak-kanak yang sedang membesar. 

 

Ekspo ini percuma dan terbuka kepada semua. Waktu pembukaan adalah dari 1 petang hingga 10 malam pada 18 Mei, dan 10 pagi hingga 10 malam dari 19 Mei hingga 21 Mei 2023. - DagangNews.com