KUALA LUMPUR 10 Mei - Ekosistem Shopee yang kukuh memberikan kelebihan kepada penjual untuk mengurus kedai dalam talian, menjangkau lebih ramai pelanggan dan memenuhi pesanan melalui pengurusan logistik bersepadu.
Shopee dalam kenyataan hari ini berkata, platform dalam talian itu menyokong banyak perniagaan berskala kecil dengan infrastruktur dan sumber e-dagang.
Katanya, ramai peniaga tempatan beralih kepada platform e-dagang untuk mengembangkan perniagaan mereka berikutan masa yang fleksibel.
Sebagai contoh Khairil Adhzaha, yang mengendalikan kilang sambal di Bentong, Pahang, merupakan salah seorang penjual tempatan Shopee Malaysia yang paling berjaya.
"Jenamanya, Tokey Sambal Hitam telah dianugerahkan gelaran Super Favorite Buatan Malaysia pada Anugerah Super Shopee 2022 baru-baru ini kerana mencapai pertumbuhan kedai tertinggi dalam tempoh 12 bulan lepas dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang," katanya.
Sementara itu, bagi seorang bekas eksekutif kewangan insurans, Emilhan Mokhtar yang kehilangan pekerjaan, kembali ke kampung halamannya di Sabah pada 2020.
Dia meminjam sebanyak RM2,000 daripada adik bongsunya untuk membeli kerongsang yang dibuat dengan mutiara air tawar Sabah untuk dijual di Shopee.

Hari ini, kedai dalam talian Emilhan, Kita Shop Selangor telah berkembang berkali ganda di Shopee, sekali gus membolehkannya menubuhkan sebuah kedai runcit, menggajikan 6 pekerja tempatan untuk membantu memilih dan membungkus, mencipta kandungan dalam talian dan menguruskan kedai fizikal.
Selain itu, bagi jenama Kerepek Mastuki pula telah menjual kira-kira 1,200 kilogram kerepek pedas dalam talian kepada orang ramai dari seluruh Malaysia setiap bulan.

Pelanggan mereka telah mengembara sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kelantan, Perlis, dan Perak ke kedai di Parit Sulong, Johor untuk membeli kerepek pedas basah.
Shopee memperkasakan penjual yang berminat untuk menjalankan perniagaan tradisional mereka dalam talian melalui pelbagai kursus dalam talian melalui Hab Pendidikan Penjual dan Universiti Shopee.
Untuk mengukuhkan lagi kelebihan mereka, penjual boleh menyertai Sidang Kemuncak Penjual Shopee yang akan datang pada Jun 2023 dan meneroka trend berasaskan nilai terkini dalam industri, berkongsi pengalaman mereka dan belajar daripada rakan penjual. - DagangNews.com








