KUALA LUMPUR 17 Mei - Coway memperkenalkan identiti jenama diperbaharui sempena ulang tahun ke-17 dan menandakan komitmen berterusan meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan telus.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, 2023 merupakan tahun yang hebat untuk mereka.
Katanya, pihaknya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik-detik perubahan dalam kehidupan isi rumah Malaysia dengan produk dan perkhidmatannya.
"Kini kami melancarkan identiti jenama kami yang diperbaharui mewakili komitmen serta dedikasi terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan, serta visi memperkasakan rakyat Malaysia menjalani kehidupan lebih sihat dan bahagia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semasa acara 'Brand Renewal', wakil-wakil dari Coway Malaysia berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi jenama itu sejak pertama kali memasuki pasaran Malaysia pada 2006.
Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk orang ramai.
Ini termasuk memperkenalkan rupa baharu Coway, perluasan perniagaan seperti Penyaman Udara Coway serta Kerusi Urut Coway terbaharu.

Duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah yang memeriahkan acara tersebut berkongsi maksud 'Change' dan bagaimana Coway mengubah hidupnya.
Pelbagai produk Coway seperti penulen air 'CORE PLUS', Kerusi Urut Coway, Penyaman Udara Coway, penulen udara 'NOBLE' dan banyak lagi telah dipamerkan semasa majlis tersebut.
Dalam pada itu, Coway menggalakkan dan mendorong rakyat Malaysia untuk terus aktif dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat menerusi acara tahunannya, Coway Run yang akan berlangsung pada September 2023. - DagangNews.com








