Aneka Jaringan catat pendapatan RM42.98 juta pada suku kedua | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aneka Jaringan catat pendapatan RM42.98 juta pada suku kedua

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 April - Pakar pembinaan asas bawah tanah, Aneka Jaringan Holdings Bhd mengumumkan peningkatan hasil kepada RM42.98 juta bagi suku kedua berakhir 28 Februari 2023.

 

Aneka Jaringan dalam kenyataan berkata, ia adalah peningkatan berbanding RM42.01 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (FYE2022). 

 

Katanya, bagi suku dalam tinjauan, pihaknya merekodkan keuntungan kasar RM400,000 berbanding kerugian kasar RM3.98 juta pada S2 FYE2022 manakala kerugian selepas cukai (LAT) kumpulan mengecil kepada RM4.36 juta berbanding RM6.20 juta pada S2 FYE2022. 

 

Pengarah Urusan Aneka Jaringan, Pang Tse Fui berkata, pihaknya akan terus menambah buku pesanan dan berjaya memperoleh tiga projek baharu bernilai RM46.46 juta pada April, manakala bagi tahun kewangan semasa setakat ini, mereka memperoleh sejumlah RM111.55 juta dalam projek baharu. 

 

"Kami akan terus mencari peluang dalam kedua-dua projek sektor kerajaan dan swasta di Malaysia dan Indonesia yang memenuhi piawaian kami," katanya.

 

Menurut Tse Fui, bagi operasi Malaysia, kumpulan akan mengekalkan kapasiti semasa selepas berjaya meningkatkan tenaga buruh melalui kuota untuk pengambilan 150 pekerja asing yang diberikan pada September 2022.

 

"Kami menjangkakan pengumuman kontrak bagi projek MRT Laluan 3 bernilai RM45 bilion sekitar pertengahan tahun ini, manakala untuk operasi Indonesia, kami akan terus melabur dan mengembangkan kehadiran pasaran kami di sana dengan meningkatkan kapasiti kami daripada pemerolehan jentera," katanya.

 

 

anekajaringan
                                         Pang Tse Fui

 

 

Katanya, sehingga 28 Februari 2023, jumlah buku pesanan Aneka Jaringan berjumlah RM103 juta, yang mana operasi Malaysia menyumbang RM86 juta, dengan operasi Indonesia menyumbang RM17 juta.

 

Tambahnya, buku tender di Malaysia bernilai RM1.12 bilion manakala buku tender di Indonesia bernilai RM68 juta pada 31 Mac 2023. - DagangNews.com