KUALA LUMPUR 10 Mei - AHAM Asset Management Berhad (AHAM Capital) bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet Extreme Broadband Sdn. Bhd. (EBB) dalam projek transformasi awan awamnya.
EBB berkata, kerjasama itu menyaksikan AHAM Capital menggunakan penyelesaian sambungan EBB termasuk IX-Connect dan Virtual-router untuk digunakan dalam projek sambungan awannya.
Katanya, sejak melancarkan perkhidmatan itu, IX-Connect telah membantu AHAM Capital mengurangkan kelewatan sambungan awannya sebanyak 50% memberikan responsif yang lebih besar dan akses yang lebih pantas kepada pengguna akhir.
Ketua Pegawai Teknologi AHAM Capital, Allen Woo berkata, sebagai pengurus aset yang berfokus pada masa hadapan, syarikat itu sentiasa mencari cara untuk berinovasi dan meningkatkan pengalaman pelaburan pelanggan.
"Apabila dunia berlaih ke persekitaran berasaskan awan, faktor seperti ketersambungan, keselamatan serta kemudahan akses akan menjadi kritikal," katanya.
"Selepas penyelidikan dan ujian yang meluas, kami memutuskan untuk bekerjasama dengan EBB dalam projek transformasi awan awam kami yang akan meningkatkan prestasi rangkaian dengan ketara dan meningkatkan kapasiti," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pengasas dan pengarah urusan EBB, Wong Weng Yew berkata, syarikat sedang mengambil langkah untuk meningkatkan pengalaman pengguna dalam transformasi digital mereka.
Katanya, kerjasama dengan AHAM Capital sekali lagi mengesahkan fakta bahawa produk IX inovatif syarikat boleh membawa nilai yang besar kepada industri perkhidmatan kewangan.
"Kami percaya syarikat sedang mengambil langkah untuk meningkatkan pengalaman pengguna dalam transformasi digital mereka.
"Penyelesaian EBB sesuai untuk menyokong syarikat dalam perjalanan pendigitalan mereka," katanya. - DagangNews.com








