Abd. Karim bukan lagi pemegang saham utama KPower | DagangNews Skip to main content

Abd. Karim bukan lagi pemegang saham utama KPower

Datuk Dr Ir. Mohd. Abd. Karim Abdullah
Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 17 Jan - Datuk Dr Ir. Mohd. Abd. Karim Abdullah yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd. melepaskan 79.05 juta sahamnya dalam KPower Bhd. 

 

"Berikutan pelupusan kepentingan saham biasa itu, beliau bukan lagi merupakan pemegang saham utama KPower.

 

"Kumpulan menerima notis pemberhentiannya sebagai pemegang saham utama pada 13 Januari 2022," menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini. 

 

Susulan pengumuman ini, ia menyaksikan harga saham KPower menokok kepada 41.5 sen setakat 3.08 petang ini setelah meningkat 1 sen atau 2.47% dengan 2.5 juta saham diniagakan. 

 

Pada masa sama, Abd. Karim juga merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB).

 

 

Baca : Abd. Karim lepaskan jawatan di KPower berkuat kuasa serta-merta

 


Abd. Karim pada 14 Disember lalu melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas dalam syarikat tenaga itu berkuat kuasa serta-merta. 

 

Bersama Grand Deal Vision Sdn. Bhd., beliau muncul sebagai pemegang saham majoriti KPower selepas mengambil alih pemilikan majoriti pada 2019- DagangNews.com