Pendapatan berulang, kontrak baharu sokong prospek ICT Zone hingga FY2029 - TA Securities
KUALA LUMPUR 11 Ogos – TA Securities mengekalkan saranan “Beli” terhadap ICT Zone Asia Bhd dengan harga sasaran RM0.31 sesaham didorong jangkaan pertumbuhan pendapatan dan keuntungan yang berterusan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.













