Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TM ada ruang bayar dividen khas 12-20 sen hingga FY2028, menurut CIMB Securities

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Telekom Malaysia Bhd (TM) berpotensi mengagihkan dividen khas antara 12 sen hingga 20 sen sesaham bagi tempoh FY2026 hingga FY2028, menurut CIMB Securities.

 

Mahkamah Rayuan tolak rayuan Ricky Wong, Teh Sew Wan berhubung injunksi saman Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan perintah injunksi inter partes kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (

Tekanan ketara kos sara hidup menjadikan Eco-Shop pilihan pelanggan membeli keperluan - AmInvest

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tekanan kos sara hidup semakin ketara mendorong isi rumah Malaysia menjadi lebih sensitif terhadap harga, dan meletakkan Eco-Shop Marketing Berhad pada kedudukan yang terbaik.

 

MRCB rancang pembangunan pusat data modular bersama syarikat dari Taiwan

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bekerjasama dengan syarikat Taiwan, TECO Electric & Machinery Co Ltd untuk meneroka pembangunan pusat data modular yang bersedia menampung keperluan kecerdasan buatan (AI).

 

Kapal Misi Pesisir TLDM ketiga Tunku Osman Jewa dilancarkan di Istanbul, Türkiye

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kapal ketiga, Kapal Misi Pesisir (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinamakan dan dilancarkan secara rasmi di Istanbul Shipyard, Türkiye pada Ahad.

 

MISC mampu tempuhi ketidaktentuan pasaran disokong kontrak jangka panjang dan armada baharu - HLIB

KUALA LUMPUR 10 OgosMISC Berhad dilihat mampu mengharungi ketidaktentuan pasaran perkapalan dan tenaga, disokong pendedahan kontrak jangka panjang yang tinggi serta program pembaharuan armada.

 

Al-'Aqar Healthcare REIT kini menarik selepas susut 12%, BIMB Securities sasar TP RM1.48

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Al-'Aqar Healthcare REIT kini menawarkan penilaian yang lebih menarik selepas harga unitnya merosot 12% daripada paras kemuncak pada awal 2026, menurut BIMB Securities.

 

Kontrak baharu buka peluang Southern Score raih pakej susulan daripada pelanggan sedia ada - Phillip Capital

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tender baharu bernilai RM147 juta yang diraih Southern Score Builders Berhad bagi projek pusat data (DC) membuka peluang kepada kumpulan itu memperoleh pakej kerja susulan.

 

AME Elite bina kilang komponen aeroangkasa, perubatan Hyatech di Johor

KUALA LUMPUR 10 Ogos – AME Elite Consortium Berhad menerusi anak syarikatnya, Pentagon Land Sdn Bhd memperoleh kontrak untuk membina kilang pembuatan bagi HYA Industry (Malaysia) Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Wuxi Hyatech Co Ltd (Hyatech) yang disenaraikan di Shanghai.

Prospek Ramssol diyakini terus kukuh pada 2H26, Apex Securities ulangi saranan 'beli' saham

KUALA LUMPUR 10 OgosRamssol Group Berhad diyakini mampu mengekalkan trajektori pertumbuhan yang kukuh pada tempoh separuh kedua tahun kewangan 2026 (2HFY26), menurut Apex Securities.

 

TA Research mulakan liputan ke atas Nestcon dengan saranan ‘Beli’, sasaran harga RM0.62 sesaham

KUALA LUMPUR 10 Ogos - TA Research memulakan liputan terhadap Nestcon Berhad (Nestcon) dengan saranan ‘Beli’ dan harga sasaran RM0.62 sesaham, disokong prospek pertumbuhan pendapatan dalam sektor pembinaan dan hartanah.

 

Mercury Securities potong unjuran untung Nextgreen 38% pada FY26, turunkan penarafan kepada Pegang

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Mercury Securities menurunkan penarafan saham Nextgreen Global Berhad (NGGB) kepada ‘Pegang’ daripada ‘Beli’ dan mengurangkan unjuran keuntungan teras syarikat masing-masing sebanyak 38% bagi tahun kewangan 2026 (FY26) dan 30% bagi FY27.

 

Sektor komoditi catat KDNK RM19.65 bilion pada suku pertama 2026 - Noraini

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sektor komoditi dan industri berasaskan komoditi mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM19.65 bilion pada suku pertama 2026, meningkat berbanding RM18.95 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Subscribe to Terkini