Syarikat Thailand beli The Food Purveyor, pemilik pasar raya Village Grocer pada harga RM1.7 bilion
KUALA LUMPUR 4 Mac – Syarikat peruncitan Thailand, CP Axtra Public Company Ltd akan mengambil alih The Food Purveyor pada harga RM1.7 bilion daripada firma ekuiti persendirian Navis Capital Partners.













