Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Infomina dapat kontrak RM68.9 juta selenggara sistem IT Jabatan Imigresen daripada KDN

KUALA LUMPUR 31 Mac – Infomina Berhad memenangi kontrak bernilai RM68.92 juta daripada Kementerian Dalam Negeri bagi menyediakan perkhidmatan teknologi dan penyelenggaraan untuk Jabatan Imigresen Malaysia.

 

Untung bersih HI Mobility bagi 4QFY26 meningkat kepada RM15.2 juta dipacu segmen bas berjadual

KUALA LUMPUR 31 MacHI Mobility Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak RM15.22 juta bagi suku keempat berakhir 31 Januari 2026, berbanding kira-kira RM10.07 juta pada 4QFY25.

BUDI Diesel RM300 disalurkan bermula 8 April kepada 340,000 penerima - MoF

KUALA LUMPUR 31 Mac – Bantuan tunai BUDI Diesel berjumlah RM300 akan mula disalurkan kepada 340,000 penerima BUDI individu dan Agri-Komoditi bermula 8 April 2026, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

 

Ia melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM102 juta.

Keselamatan tenaga kekal kritikal, ketegangan geopolitik beri tekanan kepada sistem global - PETRONAS

KUALA LUMPUR 31 Mac - Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) menegaskan keselamatan tenaga akan terus menjadi keutamaan ketika sistem tenaga global berdepan tekanan yang semakin meningkat susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

 

Untung bersih anak syarikat PRG di Hong Kong, Furniweb naik 201% bagi FY25 kepada RM27.1 juta

KUALA LUMPUR 31 Mac – Anak syarikat PRG Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Hong Kong, Furniweb Holdings Limited, mencatatkan lonjakan keuntungan bersih 201.1% kepada RM27.1 juta.

Yeo's akan berhentikan 25 pekerja di Singapura, operasi pengeluaran tin dipindahkan ke Malaysia

KUALA LUMPUR 31 Mac – Yeo Hiap Seng (Yeo’s) akan memberhentikan 25 pekerja di kilang Senoko, Singapura susulan langkah syarikat menggabungkan operasi pembuatan tin  di Malaysia.

 

Smartee Denti-Technology kembangkan operasi ke Malaysia, perkenal pendakap gigi lutsinar dengan teknologi AI

KUALA LUMPUR 31 Mac – Smartee Denti-Technology, pengeluar global pendakap gigi lutsinar mula memperluaskan operasinya ke Malaysia dengan persidangan klinikal yang dihadiri lebih 70 pakar pergigian dari seluruh negara.

 

BNM beri amaran risiko pertumbuhan terjejas jika konflik Timur Tengah berlarutan lebih 6 bulan, harga minyak melebihi AS$110 setong

KUALA LUMPUR 31 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4% hingga 5% berpotensi disemak semula sekiranya konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran berlarutan melebihi enam bulan serta mendorong harga minyak melepasi

Untung bersih Malakoff bagi FY25 susut kepada RM96.1 juta akibat isu operasi di loji Tanjung Bin

KUALA LUMPUR 31 MacMalakoff Corporation Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) sebanyak RM96.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

BNM tumpu bantuan bersasar bantu PKS, belum sampai masanya untuk rangsangan menyeluruh

KUALA LUMPUR 31 Mac – Bank Negara Malaysia (BNM) tidak melihat keperluan untuk melaksanakan langkah rangsangan ekonomi secara menyeluruh dalam masa terdekat bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sebaliknya akan memberi tumpuan kepada pendekatan bantuan bersasar.

BAT Malaysia kurangkan pekerja berikutan pelaksanaan model pengedaran baharu

KUALA LUMPUR 31 Mac – British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) mengumumkan bahawa syarikat akan melaksanakan pengoptimuman tenaga kerja sebagai sebahagian daripada inisiatif kecekapan operasi.

 

Kerajaan dituntut sediakan pinjaman tanpa faedah RM5 bilion bantu PMKS tangani kenaikan harga minyak — bekas Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR 31 Mac — Seorang wakil rakyat, Lim Guan Eng menggesa kerajaan menyediakan dana RM5 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui pinjaman tanpa faedah.

Zetrix AI wakili ASEAN dalam World Data Organization, fokus kerjasama teknologi pintar

KUALA LUMPUR 31 Mac – Zetrix AI Berhad  mengumumkan penglibatannya sebagai salah satu antara pengasas World Data Organization (WDO), sebuah badan antarabangsa yang ditubuhkan untuk memanfaatkan data global secara pintar dan bertanggungjawab.

 

Subscribe to Terkini