Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Solarvest percepat projek tenaga solar penuhi lonjakan permintaan susulan kenaikan kos bahan api

KUALA LUMPUR 15 April - Solarvest Holdings Bhd merancang mempercepatkan pelaksanaan projek tenaga solar berskala besar bagi memenuhi lonjakan permintaan terhadap tenaga boleh diperbaharui, susulan peningkatan kos bahan api fosil akibat konflik geopolitik di Timur Tengah.

IOI Properties sasar Singapura dengan aset 3 kali ganda daripada Malaysia jadi pemacu baharu – HLIB

KUALA LUMPUR 15 AprilIOI Properties Group Berhad dilihat bersedia mengalihkan tumpuannya ke Singapura dengan memiliki nilai aset lebih tiga kali ganda berbanding pasaran Malaysia sendiri.

Paos Holdings kemuka bukti hutang RM16.1 juta terhadap syarikat runcit petroleum dilikuidasi

KUALA LUMPUR 15 April - Paos Holdings Berhad memaklumkan subsidiari milik penuhnya, Paos Industries Sdn. Bhd., telah mengemukakan bukti hutang berjumlah RM16.1 juta kepada pelikuidasi Nikmat Mujur Sdn. Bhd.

 

Petronas sahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesen sehingga akhir Jun

KUALA LUMPUR 15 April - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di serata negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026, lanjutan daripada unjuran sehingga akhir Mei yang dibuat sebelum ini.

 

Censuria Capital sertai IPO Golden Destinations, perkasakan kerjasama pelancongan Malaysia–China

KUALA LUMPUR 15 April – Firma pelaburan Malaysia, Censuria Capital mengumumkan penyertaannya dalam tawaran awam permulaan (IPO) syarikat pelancongan Golden Destinations Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 April 2026.

 

Sarawak rancang sistem perhubungan rel hubungkan Pelabuhan Bintulu, Samalaju menjadi hab maritim moden bersepadu

KUALA LUMPUR 15 April - Kerajaan Sarawak merancang membina rangkaian perhubungan rel menghubungkan Pelabuhan Samalaju dan Pelabuhan Bintulu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

 

Prestasi Teo Seng kekal berdaya tahan disokong permintaan stabil walaupun tanpa sokongan subsidi telur - Mercury Securities

KUALA LUMPUR 15 April – Keuntungan Teo Seng Capital Berhad dijangka kembali ke tahap lebih stabil selepas berakhirnya sokongan subsidi telur kerajaan yang sebelum ini menyumbang kepada peningkatan ketara pendapatan kumpulan, menurut Mercury Securities.

 

Isu ketidaktentuan DNB terus kekang sektor telekomunikasi, Kenanga pilih TIME dotCom

KUALA LUMPUR 15 April – Ketidaktentuan impak kewangan susulan pengambilalihan Digital Nasional Berhad (DNB) terus membelenggu sektor telekomunikasi negara, menurut analisis Kenanga Research.

Selangor, Kuala Lumpur catat kes kehilangan pekerjaan tertinggi pada Mac - HLIB

KUALA LUMPUR 15 April - Selangor dan Kuala Lumpur terus mencatatkan jumlah kes kehilangan pekerjaan (LOE) tertinggi pada Mac, mendahului negeri-negeri lain, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).

 

Bekas pembantu juruterbang AirAsia menang rayuan, terima pampasan RM147,400

KUALA LUMPUR 15 April – Mahkamah Rayuan memberikan pampasan dan tunggakan gaji sebanyak RM147,400 kepada bekas pembantu juruterbang AirAsia Berhad (AAB) yang dipecat secara salah semasa penularan pandemik COVID-19 pada 2020.

 

Pertumbuhan Pekat diramal kukuh didorong buku tempahan terkumpul RM843 juta, kata Phillip Capital

KUALA LUMPUR 15 April – Prospek pertumbuhan Pekat Group Berhad sepanjang tahun ini diramal kekal utuh disokong oleh buku tempahan terkumpul yang berjumlah RM843 juta, menurut Phillip Capital.

Penghasilan biodiesel B12 dijangka tingkatkan penggunaan minyak sawit kepada 900,000 tan - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 15 April - Langkah kerajaan untuk meningkatkan kadar adunan biodiesel dijangka memberi kesan positif kepada harga minyak sawit mentah (MSM), di samping menyediakan potensi peningkatan kepada syarikat perladangan bersepadu yang mempunyai pendedahan dalam segmen terseb

Theta Edge, Qiwary jalin kerjasama teroka platform pengurusan Haji digital di Indonesia

KUALA LUMPUR 15 April – Theta Edge Berhad memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PT Qiwary Solusi Finansiaku bagi meneroka potensi pembangunan dan pelaksanaan platform pengurusan digital Haji di Indonesia.

 

Subscribe to Terkini