Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

RIUH X ASEAN 2025 platform kreatif terbesar Asia Tenggara - Fahmi

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures bakal menganjurkan RIUH X ASEAN 2025 bersempena dengan Kepengerusian ASEAN–Malaysia, yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 26 Okt ini di ibu negara.

Bursa Malaysia lantik Datuk Mohamed Rafique Merican sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas baharu

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Bursa Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Mohamed Rafique Merican sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas ke Lembaga Pengarah berkuat kuasa 15 Ogos 2025.

 

Catcha Digital beli 60% One International bernilai RM11.38 juta, teroka pasaran pameran perdagangan

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Catcha Digital Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Catcha Connect Sdn Bhd, akan memperoleh 60% kepentingan ekuiti dalam One International Exhibition Sdn Bhd pada nilai tunai RM11.38 juta.

 

Cuckoo Malaysia catat untung bersih RM27.34 juta pada 2QFY25

KUALA LUMPUR 14 Ogos — Cuckoo International (MAL) Berhad meraih keuntungan bersih yang mencecah sebanyak RM27.34 juta pada tempoh suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 (2QFY25).

 

Perolehan Keyfield susut 33.7% kepada RM132 juta pada Q2 2025

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Keyfield International Berhad merekodkan penurunan pendapatan sebanyak RM67.0 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (2Q2025), susut kepada RM132 juta berbanding RM199 juta pada tempoh sama tahun lalu, iaitu penurunan 33.7%.

 

Untung bersih Johor Plantations Group pada 1HFY25 naik 51% kepada RM151 juta

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Johor Plantations Group Berhad mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 51% kepada RM150.64 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2025 (1HFY25) dengan hasil kumpulan turut meningkat sebanyak 12.6% kepada RM738.72 juta.

 

Sime Darby Property runding pinjaman sehingga RM3 bilion bagi pembinaan pusat data untuk Google

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pemaju hartanah, Sime Darby Property Bhd dilaporkan sedang berbincang dengan institusi kewangan bagi mendapatkan pinjaman sehingga RM3 bilion (AS$714 juta) bagi membiayai pembinaan pusat data yang akan disewa kepada Google, menurut sumber yang mengetahui pe

Futuromic dilantik sebagai pengedar tunggal Kodak Pixpro di Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Futuromic Photo AV Sdn. Bhd, pengedar terkemuka produk fotografi, pengimejan dan audio-visual telah dilantik sebagai pengedar tunggal untuk kamera digital kodak Pixpro di Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

 

MASwings tawar promosi ‘Merdeka Deals’ bermula RM133 sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR 14 Ogos - MASwings menawarkan promosi istimewa Merdeka Deals dengan tambang sehala termasuk semua caj bermula daripada RM133 sempena sambutan Hari Kebangsaan.

 

Synergy House kembali untung bersih RM1.04 juta pada 2QFY25 dijana segmen B2C lebih kukuh

KUALA LUMPUR 14 Ogos — Synergy House Berhad kembali mencatatkan keuntungan bersih RM1.04 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding kerugian bersih RM4.76 juta pada suku sama tahun lalu.

 

RHB Research kurangkan unjuran pendapatan Tasco sebanyak 14.9% pada FY26 disebabkan persekitaran operasi mencabar

KUALA LUMPUR 14 Ogos - RHB Research mengurangkan unjuran pendapatan Tasco Berhad pada FY26 sebanyak 14.9% selepas mengambil kira sumbangan lebih rendah daripada segmen kontrak logistik (CL), rantaian bekalan sejuk (SCS) dan unit trak (TD) disebabkan persekitaran operasi mencabar.

Lebih 34,000 kuota pekerja asing diluluskan atasi kekurangan tenaga kerja sektor perladangan

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sebanyak 434 syarikat, melibatkan lebih 34,000 kuota, telah disyorkan untuk kelulusan sehingga 9 Julai bagi pengambilan pekerja asing, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi.

 

Pendapatan pelaburan KWSP naik 3% kepada RM38.92 bilion bagi separuh pertama 2025

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM38.92 bilion bagi enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2025 (1H25), meningkat 3% berbanding RM37.9 bilion pada tempoh yang sama tahun 2024.

Subscribe to Terkini