Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

ATM dijangka terima 60 kenderaan perisai HMAV 4x4 Tarantula awal 2027

SEREMBAN 21 Ogos -  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima sebanyak 60 daripada keseluruhan 136 kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV 4x4) Tarantula bermula pada 2027, menurut Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef).

 

Cahya Mata Sarawak berpotensi raih manfaat langsung daripada projek infrastruktur berskala besar - MBSB Research

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar di Sarawak dijangka memberi lonjakan ketara kepada aliran kerja pembinaan di negeri itu, sekali gus meletakkan Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) dalam kedudukan strategik untuk meraih manfaat secara langsung.

Eksport sarung tangan getah Malaysia cecah RM6 bilion Januari-Mei, kekal kuasai 40% pasaran global

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Eksport sarung tangan getah Malaysia terus menunjukkan prestasi kukuh apabila mencatat lebih RM6 billion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

 

Peruntukan RM1.4 bilion untuk sokong pekebun kecil sawit negara - Johari

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Peruntukan RM1.4 bilion bagi Skim Insentif Pembiayaan Penanaman Semula Sawit Pekebun Kecil (TSPKS 2.0) sangat penting dalam membantu pekebun kecil bebas, yang kini menyumbang 14.6 peratus daripada jumlah kawasan sawit di negara ini.

Untung bersih Fiamma lonjak kepada RM50.1 juta pada 1HFY25, dipacu operasi teras lebih stabil

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Fiamma Holdings Berhad, mencatatkan lonjakan keuntungan bersih lebih empat kali ganda kepada RM50.14 juta pada separuh pertama tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2025.

Untung bersih ELK-Desa pada 1QFY26 turun kepada RM6.43 juta disebabkan kos kewangan tinggi

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Untung bersih ELK-Desa Resources Berhad bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2025 (1QFY26) menurun kepada RM6.43 juta berbanding RM8.14 juta pada tahun sebelumnya disebabkan susut nilai dan kos kewangan yang lebih tinggi.

 

Kenanga naikkan saham PETRONAS Chemicals kepada 'outperform' susulan perkembangan di China dan Korea Selatan

KUALA LUMPUR 21 Ogos – PETRONAS Chemicals Group Bhd kembali melonjak pada Khamis apabila pelabur meningkatkan pegangan susulan harapan berkurangnya lebihan kapasiti dalam industri petrokimia.

 

TDA kendalikan lebih 86 kontrak berasaskan prestasi bernilai RM7 bilion di agensi kerajaan

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Technology Depository Agency Bhd (TDA), agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, mencatatkan kemajuan signifikan dalam pelaksanaan Kontrak Berasaskan Pencapaian Prestasi (PBC) dengan lebih 86 perjanjian di pelbagai agensi kerajaan

Untung bersih Kinergy Advancement naik 21% pada 1HFY25, didorong segmen tenaga mampan

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Kinergy Advancement Berhad (KAB), mencatatkan kenaikan keuntungan bersih sebanyak 20.9% kepada RM12.7 juta bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 (1HFY25).

Matrix Concepts catat peningkatan untung bersih kepada RM62.9 juta disokong segmen pembangunan hartanah

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Matrix Concepts Holding Berhad mencatatkan peningkatan untung bersih kepada RM62.9 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2025 (1QFY26) berbanding RM60.7 juta pada tahun sebelumnya disumbangkan hasil lebih tinggi daripada segmen pembangunan hartanah.

Kerajaan sasar cipta 1.2 juta peluang kerja baharu dalam TVET, kata PM Anwar

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Kerajaan mensasarkan untuk mencipta 1.2 juta peluang pekerjaan baharu dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

German firm gives 'second life' to used EV batteries

AACHEN, Germany Aug 21 (AFP) - A German company is putting used electric vehicle batteries to new use by stacking them into fridge-size units that homes and businesses can use to store their excess solar and wind energy.

 

Carro dan SY Holdings dari Hong Kong manfaatkan AI kembangkan pasaran automotif digital

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Carro, platform kereta terpakai dalam talian terbesar dan paling pesat berkembang di Asia Pasifik telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SY Holding dari Hong Kong untuk menyokong rancangan pengembangan Carro melalui r

Subscribe to Terkini