Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Trend pengguna beralih kepada produk mampu milik dijangka untungkan Padini - Penganalisis

KUALA LUMPUR 3 Dis – Padini Holdings Bhd dijangka terus mendapat manfaat daripada trend berjimat pengguna, apabila rakyat beralih kepada pilihan produk lebih mampu milik berikutan tekanan ekonomi, menurut penganalisis.

 

Dari 400, kini Starbucks hanya ada 287 outlet - Berjaya Food

KUALA LUMPUR 3 Dis – Berjaya Food Holdings Bhd (BFood) dijangka menstrukturkan semula rangkaian peruncitannya apabila memiliki hanya 287 outlet Starbucks Malaysia ketika ini, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).

 

MCMC perkukuh perlindungan kanak-kanak dalam talian menjelang ONSA 2025

KUALA LUMPUR 3 Dis Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memberi tumpuan kepada instrumen subsidiari bagi memperkukuh kewajipan Pemberi Perkhidmatan berlesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

 

Ancaman bom palsu di KLIA: Suspek ditahan, diserahkan kepada pihak polis - MAHB

KUALA LUMPUR 3 Dis – Seorang individu yang mencetuskan ancaman bom palsu terhadap penerbangan domestik di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah ditahan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

 

Sarawak meterai 21 kontrak perkongsian pengeluaran berkaitan O&G menerusi Petros - Malcolm Mussen

KUALA LUMPUR 3 Dis - Sarawak kini terbabit dalam dalam 21 kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) berkaitan minyak dan gas (O&G) di kawasan daratan dan luar pesisir menerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Indu

Deleum dijangka catat pertumbuhan kukuh disokong kontrak baharu PETRONAS Carigali - MBSB Research

KUALA LUMPUR 3 Dis – Deleum Berhad dijangka terus mencatat pertumbuhan kukuh bagi segmen penyelenggaraan dan perkhidmatan peralatan selepas anak syarikat tidak langsung milik peratusnya, Turboservices Sdn Bhd, memperoleh kontrak enam tahun daripada PETRONAS Carigali, kata MBSB Re

MKH, Hillpark Resources disaman 47 pemilik rumah tuntut lebih RM15 juta atas dakwaan kecuaian kolam takungan

KUALA LUMPUR 3 DisMKH Bhd dan anak syarikatnya Hillpark Resources Sdn Bhd disaman oleh 47 pemilik rumah di Shah Alam yang menuntut lebih RM15 juta, mendakwa kecuaian pengurusan kolam takungan menyebabkan dua kejadian banjir dalam tempoh enam bulan.

Tian Siang Premium Auto buka pusat pameran MINI di Ipoh, luaskan pasaran di kawasan utara

IPOH 3 Dis – Syarikat Tian Siang Premium Auto telah membuka pusat pameran terbaru kenderaan MINI di Ipoh bagi memperluaskan pasaran di kawasan utara semenanjung.

 

M-REIT berdepan tekanan jika konsesi cukai pegangan tidak dilanjutkan - Maybank IB

KUALA LUMPUR 3 Dis – Sektor amanah pelaburan hartanah (M-REIT) dijangka berdepan tekanan besar sekiranya kerajaan tidak memperbaharui konsesi cukai pegangan (WHT) yang bakal tamat pada Tahun Taksiran (YA) 2025, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Farlim Group lancar projek komersial RM160 juta berkonsep transit di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 3 DisFarlim Group (Malaysia) Bhd mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pembangunan bandar di Pulau Pinang dengan melancarkan projek komersial baharu bernilai RM160 juta di Daerah Timur Laut.

Isu tanah ladang: Terengganu masih buka pintu rundingan dengan FELDA, FGV

KUALA TERENGGANU 3 Dis – Kerajaan negeri Terengganu masih membuka ruang perbincangan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung isu tanah ladang di negeri itu.
 

 

Projek infrastruktur tenaga terus pacu prospek pendapatan MN Holdings - Penganalisis

KUALA LUMPUR 3 Dis – MN Holdings Bhd terus meraih tempahan baharu daripada pelanggan utama khususnya daripada sektor tenaga, sekali gus mengukuhkan prospek pendapatannya, menurut Philip Capital.

 

Perodua perjelas klausa ‘patuh syariah’ dalam skim BaaS

KUALA LUMPUR 3 DisPerusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah memberi penjelasan berhubung terma dan syarat skim Battery as a Service (BaaS) susulan penularan satu dokumen di media sosial yang mencetuskan kekeliruan berkaitan klausa penggunaan “patuh sya

Subscribe to Terkini