Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kelstone, JOGMEC meterai MoA teroka potensi nadir bumi Kelantan

KUALA LUMPUR 19 Dis Kelstone Sdn Bhd bersama Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menjalin kerjasama menilai potensi sumber nadir bumi di kawasan terpilih di Kelantan.

 

Peningkatan kecekapan operasi sokong prestasi positif Scientex pada 1QFY26, menurut TA Securities

KUALA LUMPUR 19 DisTA Securities mengekalkan saranan 'beli' ke atas Scientex Berhad selepas kumpulan itu mencatat permulaan kukuh bagi FY26, dengan prestasi suku pertama menepati jangkaan.

Program Solar ATAP diperkenalkan 1 Jan 2026 bagi mempercepatkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui di bumbung bangunan

KUALA LUMPUR 19 Dis - Kerajaan akan melaksanakan Program Tindakan Peralihan Dipercepatkan Solar (Solar ATAP) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, bagi memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk penjanaan tenaga boleh diperbaharui.

 

Axiata sahkan tiada rancangan melabur di India

KUALA LUMPUR 19 Dis – Axiata Group Bhd mengesahkan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membuat pelaburan baharu di India, susulan langkah memulakan proses penggulungan sukarela Axiata Investments 1 (AI1) (India) Ltd.

 

Gamuda diyakini terus cipta momentum luar biasa pada FY26 selepas menang kontrak mega RM8 bilion – penganalisis

KUALA LUMPUR 19 Dis – Gamuda Berhad diyakini akan terus mencipta momentum luar biasa pada FY26 selepas menjuarai beberapa kontrak mega bernilai berbilion ringgit di Australia dan Malaysia, menurut penganalisis.

 

Samenta cadang tonggak kelima ekosistem diperkasa untuk perkukuh kerangka pembangunan PKS

KUALA LUMPUR 19 Dis – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mencadangkan agar rangka kerja pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara diperkukuh dengan penambahan tonggak kelima yang memberi tumpuan kepada pembentukan ekosistem diperkasa.

Pembelian tanah di Bukit Raja perkukuh hasil Paramount hingga FY27, kata TA Securities

KUALA LUMPUR 19 DisTA Securities berpandangan positif terhadap langkah Paramount Corporation Berhad memperoleh tanah berstatus pegangan pajakan di Bukit Raja, Selangor pada 17 Disember 2025.

MAHB kukuhkan Malaysia sebagai hab penerbangan serantau dengan tujuh syarikat penerbangan baharu

KUALA LUMPUR 19 Dis – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan serantau apabila rangkaian lapangannya menarik penyertaan tujuh syarikat penerbangan baharu dengan pelancaran laluan antarabangsa dan serantau pada November da

Pengenalan pengendali ujian baharu mampu bantu pertumbuhan UWC menurut Phillip Capital Research

KUALA LUMPUR 19 Dis - UWC Berhad mengukuhkan kedudukannya dalam segmen peralatan semikonduktor dengan membangunkan model pengendali ujian (test handler) yang lebih baharu, selari dengan penembusan pelanggan utamanya ke dalam rantaian bekalan kecerdasan buatan (AI), kata Phillip C

Maybank IB mulakan liputan ke atas Critical Holdings, saran Beli dengan TP RM1.14

KUALA LUMPUR 19 Dis – Maybank Investment Bank Research memulakan liputan ke atas Critical Holdings Bhd (CHB) dengan saranan beli dan harga sasaran RM1.14 sesaham, mewakili potensi kenaikan sekitar 38% berbanding harga semasa RM0.83.

 

MBSB Research terus positif terhadap sektor pengguna didorong permintaan domestik semakin stabil

KUALA LUMPUR 19 DisMBSB Research mengekalkan pandangan positif terhadap sektor pengguna, dipacu permintaan domestik yang stabil, pasaran buruh kukuh serta persekitaran kos input semakin reda.

Prospek Binastra kekal cerah, potensi projek baharu di Johor bernilai hingga RM2.2 bilion - RHB Research

KUALA LUMPUR 19 Dis - Prospek Binastra Corporation Bhd dilihat positif dengan potensi perolehan projek baharu yang besar, khususnya di Johor, sekali gus mengukuhkan landasan pertumbuhan pendapatan kumpulan bagi beberapa tahun akan datang, menurut RHB Research.

JV Gadang-Hotrend meterai perjanjian pembelian tenaga 25 tahun untuk loji solar 15MWac di Tawau

KUALA LUMPUR 19 Dis – Usahasama antara Gadang Holdings Bhd dan Hotrend Corporation Sdn Bhd menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) selama 25 tahun dengan Sabah Electricity Sdn Bhd bagi pembangunan loji fotovoltaik (PV) solar berskala besar berkapasiti 15 megawatt arus ul

Subscribe to Terkini