Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Johor Plantations perkukuh segmen tenaga boleh diperbaharui melalui pengambilalihan JPG Greenergy Ventures

KUALA LUMPUR 23 Dis – Johor Plantations Group Berhad (JPG) memperkukuh kedudukan strategiknya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui selepas menjadikan JPG Greenergy Ventures Sdn Bhd (JPGGV) sebagai anak syarikat milik penuhnya. 

 

Pengerusi KPF: Kami bukan bank tetapi koperasi, urusan pengeluaran dana perlu berperingkat

KUALA LUMPUR 23 Dis - Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) menegaskan ia adalah entiti koperasi pelaburan dan bukannya beroperasi sebagai bank, kata Pengerusinya Datuk Mohd Banuri Aris.

MyCC syor tindakan terhadap enam syarikat terlibat kartel bidaan Penjara Kluang bernilai RM7.3 juta

KUALA LUMPUR 23 Dis – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengesyorkan tindakan terhadap enam syarikat yang dipercayai terlibat dalam kartel pengaturan bidaan berkaitan latihan perolehan oleh Penjara Kluang di Johor.

 

RENN Asia bawa model perubatan nutrisi dan fungsian Malaysia ke pasaran China

KUALA LUMPUR 23 Dis – RENN Asia Wellness mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport kepakaran kesihatan serantau menerusi kerjasama strategik di pasaran China.

 

RHB Research kekalkan overweight terhadap saham berkaitan Perak dengan pilihan utama IJM, Sunway & MRCB

KUALA LUMPUR 23 Dis – Perak kini muncul sebagai antara destinasi pelaburan paling berpotensi di Malaysia, didorong oleh peluasan perindustrian berskala besar, pembangunan infrastruktur strategik serta pelaksanaan projek berimpak tinggi di bawah visi Perak Sejahtera 2030.

Penganalisis jangka BNM kekalkan OPR berikutan inflasi pada November 2025 dinilai sederhana

KUALA LUMPUR 23 Dis - Kadar inflasi Malaysia masih sederhana iaitu 1.4% pada November 2025 mengukuhkan jangkaan yang Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan pendirian dasar monetari semasa.

Malaysia import ayam belanda halal dari Rusia, tingkatkan bekalan makanan dan ekosistem halal

KUALA LUMPUR 23 Dis – Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting dalam agenda keterjaminan makanan dan pembangunan ekosistem halal apabila memperkenalkan import ayam belanda dari Rusia yang mendapat pensijilan halal, sekali gus membuka sumber bekalan baharu kepada pasaran tem

Malaysia catat kemajuan ketara dalam pencegahan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan - Moody’s

KUALA LUMPUR 23 Dis – Malaysia telah mencatat kemajuan ketara dalam memperkukuh langkah-langkah pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan pembiayaan keganasan (CTF), menurut penilaian Moody’s.

 

CIMB, Weixin Pay jalin kerjasama strategik perkasa pembayaran rentas sempadan pelancong China

KUALA LUMPUR 23 Dis – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad menjalin kerjasama strategik dengan Weixin Pay atau lebih dikenali WeChat Pay bagi memperkasa pembayaran rentas sempadan dan membantu peniaga tempatan memanfaatkan peningkatan ketibaan pelancong China ke Malaysia

PublicInvest ramal ringgit capai paras tertinggi 7 tahun pada 2026 cecah paras RM4 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 23 Dis - Nilai ringgit berpotensi mencapai paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun pada 2026, disokong oleh faktor jangkaan dolar Amerika Syarikat (AS) yang berterusan lemah.

FIMM tegur lima bekas perunding skim amanah saham atas pelbagai salah laku

KUALA LUMPUR 23 Dis – Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) menegur lima bekas perunding skim amanah saham (UTS) atas salah laku/perlanggaran peraturan terkumpul FIMM.

 

Pelabur KPF dakwa bayaran balik hasil saham tertunda hampir 2 tahun jejas kebajikan peneroka Felda

KUALA LUMPUR 23 Dis - Pelabur Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) mendakwa bayaran hasil penjualan saham tertunggak hampir dua tahun, sehingga menjejaskan kebajikan ahli-ahlinya.

Lebih 800 juta e-invois dikeluarkan setakat ini - LHDN

CYBERJAYA 23 Dis - Pelaksanaan sistem e-invois di Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila lebih 820.5 juta e-invois telah dikeluarkan setakat hari ini, melibatkan penyertaan lebih 111,600 pembayar cukai di seluruh negara.

 

Subscribe to Terkini