MPOC unjur harga minyak sawit mentah kekal tinggi antara RM4,400-RM4,650 pada Julai
KUALA LUMPUR 19 Jun - Harga minyak sawit mentah diunjur diniagakan dalam lingkungan RM4,400 hingga RM4,650 satu tan metrik pada Julai ini, disokong oleh prospek bekalan yang semakin ketat di Indonesia serta peningkatan risiko fenomena El Nino.













