Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Seng Fong terima kelulusan SC untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 26 April - Seng Fong Holdings Berhad mengumumkan bahawa mereka sudah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

 

Untung bersih Q1 Westports susut 27% kepada RM151.85 juta

KUALA LUMPUR 26 April - Westports Holdings Bhd. merekodkan untung bersih sebanyak RM151.85 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022, susut 27.11% daripada RM208.32 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

 

INSKEN sasar 422 program latihan, bimbingan kepada 13,400 usahawan tahun 2022

CYBERJAYA 26 April - Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) menyasarkan 20% peningkatan jualan menerusi 422 program latihan dan bimbingan akan dilaksanakan sepanjang 2022, melibatkan penyertaan seramai 13,400 usahawan.

 

Kurang insentif, harga kenderaan mahal, antara faktor perkembangan EV perlahan di negara ini

KUALA LUMPUR 26 April - Malaysia perlu menambah baik insentif dalam usaha menggalakkan lebih banyak pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di samping merancakkan lagi penggunaannya di negara ini, demikian menurut RHB Research. 

 

Cadangan larangan vape bakal jejaskan usahawan, pekerja industri - MRECA

KUALA LUMPUR 26 April - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seharusnya memberi fokus kepada pelaksanaan peraturan untuk industri vape yang telah lama tertangguh dan bukannya membuat cadangan baharu yang akan memberikan kesan kepada usahawan tempatan dan juga pekerja dalam indust

Austral Techsmith mulakan pemasangan tiang pintar 5G, Elab 01

KUALA LUMPUR 26 April - Syarikat perintis teknologi tiang pintar 5G di Malaysia, Austral Techsmith Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasasama dengan syarikat pembekal infrastruktur telekomunikasi untuk melaksanakan pemasangan tiang pintar, Elab 01 'semua-dalam-satu' di seluruh negara.

1,310 keluarga terima sumbangan Yakult, Islamic Relief Malaysia

KUALA LUMPUR 26 April - Seramai 1,310 buah keluarga menerima sumbangan minuman probiotik Yakult dan barangan keperluan asas menerusi program edaran pek makanan Rezeki Ramadan anjuran Islamic Relief Malaysia.

 

RHB Investment kekal 'neutral', larangan eksport Indonesia hanya untuk produk olein sawit RBD

KUALA LUMPUR 26 April - RHB Investment Research kekal 'neutral' terhadap sektor perladangan selepas mengambil kira larangan eksport produk sawit Indonesia hanya terhad kepada olein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD).

 

Dialog dijangka catat prestasi kukuh pada separuh kedua FY22

KUALA LUMPUR 26 April - AmInvestment Bank Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap Dialog Group Bhd. dengan nilai wajar pada RM3.75 sesaham, yang mencerminkan penarafan neutral ESG dengan 3 bintang. 

 

Perbelanjaan Frontken akan bertambah selepas pembukaan kilang kedua AGTC - HLIB Research

KUALA LUMPUR 26 April - HLIB Research menjangkakan perbelanjaan Frontken Corporation Berhad akan bertambah dalam jangka masa terdekat kesan daripada pembukaan kilang kedua Ares Green Technology Corp (AGTC) dan persediaan minyak dan gas (O&G) di Pengerang.

 

Pengambilalihan Ladang Permai Damai beri pertambahan nilai kepada F&N

KUALA LUMPUR 26 April - Cadangan pengambilalihan Ladang Permai Damai membolehkan Fraser and Neave Holdings Bhd. (F&N) menceburi perniagaan susu segar huluan bagi pengeluaran hiliran dan pengedaran susu segar.

 

Prospek ekonomi Malaysia 2022 kekal stabil walau hadapi cabaran ekonomi global – Juwai IQI

KUALA LUMPUR 26 April –  Prospek  ekonomi Malaysia pada tahun ini akan kekal stabil walaupun menghadapi cabaran dalam ekonomi global.

 

Muslim Pro, UNICEF jalin kerjasama kumpul dana bantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Yaman, Afghanistan

KUALA LUMPUR 26 April - Aplikasi gaya hidup Islam, Muslim Pro menandatangani perkongsian usaha sama selama setahun dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Yaman dan Afghanistan.

Subscribe to Terkini