Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih Kelington cecah RM50.5 juta pada 4QFY25, tertinggi dalam sejarah syarikat

KUALA LUMPUR 25 Feb – Kelington Group Berhad, penyedia rumusan kejuruteraan bersepadu mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah suku keempatnya apabila mencapai RM50.5 juta pada 4QFY25. 

 

Petron raih untung bersih RM246 juta pada 2025, melonjak tinggi berbanding RM18 juta pada 2024

KUALA LUMPUR 25 Feb - Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) menamatkan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dengan keuntungan bersih sebanyak RM246 juta, melonjak ketara berbanding RM18 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

 

DRB-HICOM, Geno Group bekerjasama teroka mata wang digital untuk transaksi perniagaan

KUALA LUMPUR 25 Feb – DRB-HICOM Berhad memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Geno Group Ltd dan anak syarikatnya Geno Edge (Malaysia) Sdn. Bhd bagi mempercepatkan penggunaan teknologi rantaian blok dalam perniagaan kumpulan itu.

 

Sunway Property sasar jualan RM4.2 bilion pada FY2026

KUALA LUMPUR 25 Feb – Sunway Property, anak syarikat hartanah Sunway Group, menyasarkan jualan sebanyak RM4.2 bilion pada 2026, selepas mencatat rekod RM3.8 bilion pada 2025.

 

Signature Alliance catat peningkatan hasil 24.1% kepada RM479 juta pada FY25

KUALA LUMPUR 25 Feb – Signature Alliance Group Berhad (SAG) mencatat prestasi kewangan cemerlang bagi tahun kewangan pertamanya sebagai syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dengan hasil meningkat 24.1 peratus kepada RM479.1 juta. 

 

Sistem Pengurusan Akses Kenderaan diperluas ke Terminal 2 KLIA akhir Mac 2026, Dewan Negara diberitahu

KUALA LUMPUR 25 FebSistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) bakal dilaksanakan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selewat-lewatnya akhir suku pertama tahun ini.

Hasil Eversendai FY25 melonjak 71% kepada RM2.1 bilion, PBT RM135.3 juta,

KUALA LUMPUR 25 Feb – Eversendai Corporation Bhd mencatatkan peningkatan ketara prestasi kewangan bagi tahun kewangan 2025 (FY25) apabila hasil melonjak 71.1% kepada RM2.1 bilion berbanding RM1.2 bilion tahun sebelumnya.

 

Velesto peroleh kontrak AS$16.5 juta sediakan pelantar gerudi minyak daripada Jadestone Energy

KUALA LUMPUR 25 Feb – Velesto Energy Berhad melalui anak syarikatnya, Velesto Drilling Sdn. Bhd memperoleh kontrak bernilai AS$16.5 juta daripada Jadestone Energy (Malaysia) Pte Ltd bagi penyediaan pelantar penggerudian jenis ‘jack-up’ untuk projek di East Belumut.

 

Untung bersih Telekom Malaysia bagi 4QFY25 merudum ketara kepada RM222.5 juta berikutan kos operasi naik

KUALA LUMPUR 25 FebTelekom Malaysia Berhad (TM) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2025, kepada RM222.5 juta daripada RM730.6 juta pada 4QFY24. 

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Petros, sahkan tuntutan jaminan bank RM7.95 juta oleh PETRONAS

KUALA LUMPUR 25 Feb - Mahkamah Tinggi Kuching pada Rabu menolak permohonan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) untuk mencabar tuntutan jaminan bank berjumlah RM7.95 juta yang dibuat oleh Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS).

 

Jualan Nestlé Malaysia meningkat 10.5% kepada RM6.88 bilion pada FY25, umum dividen 90 sen

KUALA LUMPUR 25 Feb – Nestlé Malaysia mencatat prestasi kewangan yang kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, dengan jumlah jualan sebanyak RM6.88 bilion, meningkat 10.5% berbanding RM6.22 bilion pada tahun sebelumnya.

 

Penganalisis menilai untung CBH Engineering naik 93% bagi 4QFY25 disokong banyak projek pusat data

KUALA LUMPUR 25 Feb - CBH Engineering Holding Berhad mencatatkan kejutan positif bagi 4QFY25, dengan keuntungan bersih meningkat kira-kira 92.7%, disokong tempahan banyak projek pusat (DC).

KWSP perjelas kerugian 12 anak syarikat seperti dilaporkan LKAN

KUALA LUMPUR 5 Feb - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjalankan semakan terperinci susulan kerugian yang direkodkan oleh 12 syarikat subsidiarinya, seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dikeluarkan semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan hari

Subscribe to Terkini