Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Dayang Enterprise peroleh kontrak sedia bot penginapan 159 hari daripada PETRONAS Carigali

KUALA LUMPUR 2 Mac – Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, DESB Marine Services Sdn. Bhd. (DMSSB), memperoleh perintah kerja bagi penyediaan Accommodation Work Boat (AWB) daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB).

 

Exsim Hospitality menang kontrak kerja dalaman taman tema air RM54.5 juta daripada Aqua Empire

KUALA LUMPUR 2 MacExsim Hospitality Berhad menerusi anak syarikatnya, Exsim Concepto Sdn Bhd (ECSB) menerima kontrak bernilai RM54.5 juta bagi kerja dalaman taman tema air secara turnkey.

Velesto raih kontrak penggerudian 5 tahun bernilai sekitar RM616 juta daripada PETRONAS libatkan pelantar NAGA 2

KUALA LUMPUR 2 Mac – Velesto Energy Berhad (Velesto) mengumumkan penganugerahan kontrak penggerudian selama lima tahun yang dianggarkan berjumlah RM616 juta atau AS$157 juta daripada PETRONAS Carigali Sdn. Bhd.

 

Berkuat kuasa 1 Jun, pemberi kredit perlu miliki lesen, berdaftar Suruhanjaya Kredit Pengguna sebelum dibenarkan beroperasi - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR 2 Mac - Berkuatkuasa 1 Jun 2026, semua pemberi kredit dan perkhidmatan kredit perlu memiliki lesen atau berdaftar dengan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) sebelum dibenarkan beroperasi susulan penguatkuasaan Akta Kredit Pengguna 2025 atau Akta 873 (AKP) bermula 1 Mac

Risiko premium global meningkat, Selat Hormuz jadi ‘pemutus litar’ pasaran — Franklin Templeton

KUALA LUMPUR 2 Mac – Serangan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran bermula 28 Februari 2026 berpotensi mencetuskan isu ketidaktentuan berpanjangan dalam pasaran global. 

Hospital Pakar Johor perkenal kaedah pembedahan jantung moden, pemulihan lebih cepat yang pertama di Selatan

KUALA LUMPUR 2 Mac – Hospital Pakar Johor (JSH), di bawah KPJ Healthcare Berhad berjaya melaksanakan pembedahan jantung invasif minimum (MICS) buat kali pertama, satu lagi perkembangan signifikan dalam keupayaan pembedahan jantung berteknologi tinggi di wilayah Selatan.

Teladan Group catat keuntungan bersih RM28.2 juta meskipun hasil menurun pada FY2025

KUALA LUMPUR 2 Mac – Teladan Group Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM28.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY2025), disokong oleh pelan pengembangan strategik syarikat.

 

PPB tidak jangka susut nilai tambahan pelaburan dalam Wilmar, kekal dividen FY25 42 sen sesaham

KUALA LUMPUR 2 Mac — PPB Group Bhd tidak menjangkakan sebarang susut nilai tambahan ke atas pelaburannya dalam syarikat bersekutu yang dimiliki sebanyak 18.8%, Wilmar International Ltd selepas menghapus kira sepenuhnya komponen muhibah (goodwill) pelaburan tersebut.

 

Untung 9MFY26 SkyWorld jatuh kepada RM26 juta berikutan projek baharu di peringkat awal - TA Securities

KUALA LUMPUR 2 Mac – Prestasi sembilan bulan FY26 SkyWorld Development Berhad yang hanya memenuhi 61% unjuran tahunan TA Securities menimbulkan persoalan terhadap momentum semasa.

Hasil Hextar Capital susut kepada RM15.2 juta pada 5Q2025 disebabkan penurunan permintaan pembuatan, kejuruteraan

KUALA LUMPUR 2 Mac – Hextar Capital Berhad (HCB) mencatatkan hasil sebanyak RM15.2 juta bagi suku kelima berakhir 31 Disember 2025 (5Q2025), susut RM3.5 juta berbanding RM18.7 juta yang direkodkan pada suku sebelumnya (4Q2025).

 

Metrod jual kilang acuan tembaga kepada Sam Dong Ohio pada harga RM18 juta

KUALA LUMPUR 2 Mac - Metrod Holdings Berhad melupuskan Kilang Acuan Tembaga milik anak syarikat milik penuhnya, Metrod (Malaysia) Sdn. Bhd., pada harga AS$4.625 juta (RM17.99 juta).

 

Penganalisis kekal pendirian positif ke atas Duopharma susulan keputusan kewangan FY25 mengatasi jangkaan

KUALA LUMPUR 2 Mac – Dua firma penyelidikan mengekalkan pendirian positif terhadap saham Duopharma Biotech Berhad selepas keputusan kewangan bagi FY25 mengatasi jangkaan mereka sendiri.

OM Holdings lengkapkan penjualan 26% kepentingan dalam Ntsimbintle Mining Proprietary, tidak lagi terlibat dengan lombong di Afrika Selatan

KUALA LUMPUR 2 Mac – OM Holdings Ltd telah melengkapkan penjualan 26% pegangan dalam Ntsimbintle Mining Proprietary Ltd (NMPL) kepada syarikat perlombongan berpangkalan di Afrika Selatan, Exxaro Resources Ltd.

 

Subscribe to Terkini