MPOC jana potensi jualan RM47.5 juta minyak sawit hasil program rangkaian perniagaan bersama 35 pembeli dari Asia Tengah
KUALA LUMPUR 17 April – Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berjaya menjana potensi jualan dianggarkan RM47.5 juta menerusi Program Lawatan Jaringan Perniagaan yang melibatkan 35 pembeli dari Asia Tengah.













