KUALA LUMPUR 24 April - LYC Healthcare Bhd yang tersenarai di Pasaran ACE berkata ia telah dikemukakan dengan petisyen penggulungan oleh SOG Mummy & Baby Centre Pte Ltd atas dakwaan gagal menjelaskan jumlah tertunggak sebanyak RM600,000.
KUALA LUMPUR 24 April - IJM Corp Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan 50% pegangan ekuiti dalam JRL Group Holdings Ltd pada harga £50 juta (RM283 juta), melalui langganan saham biasa baharu dalam kontraktor yang berpangkalan di UK itu.
KUALA LUMPUR 24 April – ICT Zone Asia Bhd (ICT Zone Asia), memeterai perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn Bhd dan Kenanga Investment Bank Bhd, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam peralihan strategiknya ke Pasaran ACE Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR 24 April — Reservoir Link Energy Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Reservoir Link Sdn Bhd, menerima kontrak Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi kerja-kerja penyediaan perkhidmatan pengujian telaga ringan.
KUALA LUMPUR 24 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal memperoleh 600 kamera badan (body-worn cameras) untuk pegawai Jabatan Imigresen dalam usaha menangani isu integriti.
KUALA LUMPUR 24 April - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meraikan satu lagi pencapaian dalam pembangunan bakat negara apabila lebih 190 siswazah berjaya menamatkan kohort kedua Program Kepimpinan investED.
KUALA LUMPUR 24 April - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menggandakan perbelanjaan modal (capex) yang diperuntukkan kepada RM42.9 bilion, merangkumi RM26.6 bilion capex asas dan RM16.3 bilion capex luar jangka bagi menyokong pembangunan infrastruktur peralihan tenaga Malaysia.
KUALA LUMPUR 24 April - Penyedia utama rumusan kewangan digital di Malaysia, CapBay, memperkenalkan CrediBill, platform B2B Buy Now Pay Later (BNPL), bagi membantu perniagaan penjagaan kesihatan mengatasi cabaran aliran tunai dan mempercepatkan peralihan digital.
KUALA LUMPUR 24 April (Bernama) — Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025 bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi Malaysia diadakan atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR 24 April — Petronas Dagangan Berhad merekodkan keputusan kewangan kukuh untuk tahun kewangan 2024 (FY24) yang turut melepasi jangkaan serta mencatatkan pencapaian baharu dalam segmen runcit dan komersial.
KUALA LUMPUR 24 April - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan berjumlah RM2.6 bilion ke daerah Segamat dan Mersing, Johor dalam suku pertama 2025.
KUALA LUMPUR 24 April - KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) merancang untuk memperluas operasi dan menambah jumlah aset di bawah pengurusannya kepada RM2 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang.