Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malaysia, Maldives berhasrat pelbagaikan kerjasama dalam bidang baharu - PM Anwar

KUALA LUMPUR 28 April (Bernama) - Malaysia dan Maldives berhasrat mempelbagaikan kerjasama dalam bidang baharu termasuk tenaga solar terapung, pertahanan dan teknologi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Malaysia Airlines dan Atout France, jalin kerjasama strategik tingkatkan pelancongan ke Perancis

KUALA LUMPUR 28 April - Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Atout France telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik selama tiga tahun untuk meningkatkan promosi pelancongan ke Paris melalui rangkaian global Malaysia Airlines. 

 

Panduan Lengkap Tiket Dream Forest Langkawi

Pengenalan Dream Forest Langkawi

Reach Ten catat keuntungan RM70.56 juta pada FY24 menjelang penyenaraian di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 28 April — Reach Ten Holdings Berhad merekodkan keuntungan bersih melonjak kepada paras tertinggi sepanjang ditubuhkan sebanyak RM70.56 juta untuk tahun kewangan 2024 (FY24) berbanding RM51.33 juta dicatatkan pada FY23.

Kolej TIC Ipoh perkenalkan elemen AI dalam program pengajian perniagaan, IT tepati kehendak pasaran

IPOH 28 April - Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan digital akan diperkenalkan dalam dua program pengajian di Kolej Antarabangsa Taj (TIC) Ipoh bagi menyediakan pelajar dengan kehendak pasaran kerja.

 

Kevin Lee dilantik sebagai Ketua Negara Malaysia Curlec by Razorpay

KUALA LUMPUR 28 April - Penyedia rumusan pembayaran digital di Malaysia, Curlec by Razorpay, mengumumkan pelantikan Kevin Lee sebagai Ketua Negara Malaysia. 

 

Continental tutup kilang tayar di Alor Setar akhir 2025, seramai 950 pekerja terima bantuan

KUALA LUMPUR 28 April — Continental akan menghentikan operasi pembuatan tayar kereta penumpang dan trak ringan untuk rantau Asia Pasifik serta tayar motosikal di kilang pengeluarannya di Alor Setar, Kedah menjelang akhir 2025.

RHB Research unjur sektor automotif Malaysia suram berikutan persaingan harga, tempahan kurang

KUALA LUMPUR 28 April - Prospek sektor automotif Malaysia kekal suram disebabkan persaingan harga dalam kenderaan bukan nasional dan tempahan yang semakin berkurangan.

 

Sime Darby Property, TNB lancar pengagregatan solar komuniti pertama negara di Elmina

KUALA LUMPUR 28 April - Sime Darby Property Bhd (SDP) dengan kerjasama Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mengoperasikan penjanaan tenaga solar di bawah inisiatif Mekanisme Pengagregatan Tenaga Boleh Diperbaharui Komuniti (CREAM), satu inisiatif p

IPO baharu di Bursa Malaysia sukar tarik pelabur, kata Mercury Securities

KUALA LUMPUR 28 April - Bursa Malaysia kini berdepan cabaran besar dalam menarik minat pelabur terhadap tawaran awam permulaan (IPO), dengan syarikat penyelidikan Mercury Securities menyifatkan ia sebagai cabaran besar untuk mengekalkan minat pembeli.

 

Sambungan jajaran Seksyen 3 WCE tergendala akibat tanah diambil alih belum dikosongkan

KUALA LUMPUR 28 April — Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat Sdn Bhd (WCE) menjelaskan, isu sambungan antara Seksyen 2 dan 4 berdekatan Taman Sentosa, Klang tergendala disebabkan tanah diambil alih oleh kerajaan di situ masih belum dikosongkan pemiliknya.

Untung bersih Bursa Malaysia pada 1QFY25 susut kepada RM68.4 juta disebabkan kos operasi tinggi

KUALA LUMPUR 28 April - Untung bersih Bursa Malaysia Berhad pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) susut 8.8% kepada RM68.4 juta berbanding RM75 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu disebabkan kos operasi lebih tinggi dan dagangan lebih rendah.

 

Broker tingkatkan langkah keselamatan susulan kes pelanggaran akaun dagangan

KUALA LUMPUR 28 April — Beberapa penyedia perkhidmatan pembrokeran, termasuk Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Rakuten Trade Sdn Bhd, menerbitkan notis segera mengarahkan pelanggan menetapkan semula kata laluan akaun dagangan mereka.

 

Subscribe to Terkini